Ibrah dari Ghazwah Khandaq...
Suasana didalam dewan diam seketika tatkala menanti kehadiran tetamu yang diundang. "Assalamualaikum", Bro. Amran (bukan nama sebenar) menyapa kami dgn senyuman yg tak henti2. Susuk tubuh yang agak gempal, tinggi dan berkulit putih itu adalah seorang yang menetap di Lebanon tetapi berdarah Palestin.
Setelah dijemput oleh MC, bro Amran mencapai microphone dan memulakan bicara dgn fasih di dalam bhs inggeris. "What do you remember about Ghazwatul Khandaq ( Perang Khandaq)?" tanya beliau bersahaja kepada para audience.
Ada yg mejawab parit, ada yg menjawab Salman Al-Farisi, ada yg menjawab Ahzab dan sebagainya...
Khandaq bererti parit, kerana pada peperangan ini tentera Muslimin menggali parit disekeliling kota Madinah sebagai kubu pertahanan disebabkan begitu ramai musuh dari dalam (Yahudi dan Quraisy) mahupun luar (Gatafan) yang ingin menyerang umat islam di Madinah. Maka Salman Al-Farisi seorang bangsa Ajam (non-Arab) telah mencadangkan utk menggali parit disekeliling kota madinah. Perang ini juga dikenali sebagai perang Ahzab (gabungan) kerana beberapa bangsa dari kaum Quraisy, Yahudi dan Gatafan telah bergabung untuk memerangi kaum muslimin. Ditambah dengan golongon Munafiqun yang sering kali melengahkan-lengahkan penggalian parit dan ini menambah tekanan yang dihadapi oleh tentera muslimin.
Bro Amran meneruskan bicara. Beliau mengambil sebatang pen lalu mula menconteng² di papan putih (white board). Beberapa tulisan tertera :
- Yahudi, Quraisy (Musuh dari dalam)
-Gatafan (Musuh dari luar)
Kemudian beliau bertanya, bagaimanakah keadaan umat islam tatkala mengetahui musuh2 islam menyerang dari dalam mahupun luar? Maka ada beberapa audience yang menjawab umat islam ketakutan, keadaan mereka kelam-kabut dan kebanyakkan mereka tidak tentu arah. Bro Amran bersetuju dengan penyataan² tersebut.
Kemudian beliau meminta kami melihat satu ayat dari surah Al-Ahzab :10
"Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan".
Setelah dihuraikan ayat tersebut dgn pjg lebar, beliau bertanyakan lagi, "bagaimana kemenangan tentera muslimin di dalam peperangan ini?" Ada audience yg menjawab "Allah menurunkan malaikat". Lalu dijawab oleh Bro Amran, "tidak"..Hanya di dalam peperangan Badar Kubra sahaja pernah berlaku peristiwa sebegitu.
Lalu terdengar dari sebelah kiri dewan, seorang peserta menjawab, " Allah menghantar tiupan angin taufan!". "Benar" jawab akhi Amran. Lihat betapa mudahnya Allah mampu mengalahkan musuh2-Nya. Tatkala tentera muslimin merasakan tiada jalan keluar bagi mereka. Tatkala mereka merasakan mereka sudah tidak berupaya utk melawan musuh yg cukup ramai. Akan tetapi Allah meyakinkan kaum muslimin dengan pertolongan dari Allah SWT. Just like that (bunyi 'tap') isyarat dari akhi Amran memetik jari beliau utk menunjukkan betapa mudahnya Allah memguruskan tentera2 musuh.
Situasi Ummah masa kini...
"Cuba kaitkan situasi yg dihadapi oleh tentera muslimin, dgn situasi yg berlaku kpd kita pd hari ini?" tanya beliau, meminta kami berfikir seketika.
"Cuba kita lihat keadaan yang berlaku di Palestin ketika ini. Bagaimanakah keadaan mereka?" Bukankah apa yang berlaku pada perang Khandaq sedang berlaku juga pada zaman ini?. Kami mula mengerutkan dahi, menunjukkan respon kurang memahami mesej yg ingin disampaikan.
Lalu beliau pon melukis peta negara palestin termasuk negara2 yg berada di sekitarnya.
 |
| Palestin yang dikelilingi oleh negara jiran yang tidak memberikan bantuan bahkan sentiasa menekan mereka |
"Lihat siapakah yg berjiran dgn Palestin pd waktu ini?" Beliau menunjukkan bahagian utara. Disini terdapat Lebanon dan Syria. Kemudian disusuli di sebelah timur negara Jordan. Kemudian di bahagian bawah selatan terdapat negara Mesir.
"Apa yang sedang negara jiran ini lakukan utk membantu Palestin?" suasana dewan sunyi seketika.
Ambillah ibrah (pengajaran) dari peperangan Khandaq. Kini Palestin di ibarat seperti kota Madinah. Palestin ketika ini, menerima desakan dan tekanan dari dalam mahupun luar. Musuh dari dalam adalah Israel itu sendiri yang sering menekan mereka di palestin. Musuh dari luar pula adalah negara² jiran di sekitarnya.
Lihat situasi di Mesir. Mesir sekarang ini sedang berhadapan dengan rampasan kuasa oleh tentera kudeta. Pintu sempadan Mesir-Gaza telah pon ditutup. Terowong bawah tanah yang menghubungkan kedua buah negara dihancurkan. Paip2 yg disalurkan ke Palestin juga telah dimusnahkan.
Lihat pula situasi di Syria. Dimana pimpinan Bashar Al-Assad sudah tentu tidak meyokong perjuangan rakyat Palestin. Bahkan banyak nyawa2 ahli sunnah di sana yang menjadi korban.
Lihat pula situasi di Jordan. Sebuah negara yang kaya, akan tetapi rajanya hanya berdiam diri melihat keadaan yang berlaku di Palestin. Sedangkan negara mereka, adalah negara Islam!
Lihat pula situasi di Lebanon. Negara yang juga berdiam diri. Tatkala ramai kaum muslimin (sunni) menjadi mangsa kekejaman Al-Assad. Mereka sedikit pon tidak memberi bantuan kepada negara jiran. Apatah lagi negara Palestin. Hanya berdiam dan memeluk tubuh, tidak mahu mengambil peduli urusan orang sebelah.
Lebih kurang kan situasi ini, dengan situasi yang berlaku semasa perang Khandaq? tanya bro Amran. Orang-orang palestin sudah lama menyedari keadaan ini. Mereka belajar dan banyak mengambil ibrah dari peperangan Khandaq. Mereka tau, dengan kekuatan dan logik akal, mereka akn tewas dan tidak mampu melawan. Akan tetapi mereka tidak pernah lupa mengenai penghujung cerita Perang Ahzab. Dimana tentera muslimin menang mudah keatas lawan mereka yang serba lengkap dan ramai.
Dimana pada akhirnya Allah menghantarkan angin taufan utk menghapuskan musuh2Nya. Maka harapan mereka (orang² Palestin) hanyalah Allah SWT. Mereka yakin, kemenangan akhirnya akan berpihak pada mereka juga. Amat mudah bagi Allah utk memberikan kemenangan walaupun nampak situasi seperti tidak memihak kepada kita.
Yang hanya mereka perlukan adalah menggali "parit" disekeliling mereka dengan harapan pihak musuh akan termasuk kedalam parit mereka. Lalu memutuskan rangkaian disekeliling mereka. Mungkin setelah rantaian itu putus. Mudah2an Allah menghantarkan bantuan kepada mereka. Insyaallah.
Bro Amran mengucapkan terima kasih. Kerana sudi mendengar sedikit perkongsian daripada beliau.
Sekian
KitAdalahLogam