Merdeka!!! Merdeka!! Merdeka!!!
satu ungkapan yg menggambarkan makna kebebasan. Dewasa ini (wah2 lame x pkai ayat ni) kita mengertikan makna kebebasan dgn kibaran bendera, bunga api dan parade pd pagi hari merdeka. Namun jauh sekali kita menghayati dan menjiwai (feeeellll..) sendiri makna besar tentang kemerdekaan.Kibaran bendera, show bunga api dan kawad tgh panas tidak saya nafikan satu usaha yg baik utk mengajak manusia cuba mendekati kemerdekaan. Namun, sekiranya kita melihat dgn sudut pandang yang lebih jauh, merdeka yg kita imani, seolah2 satu jasad yg tidak berisi roh dan sekadar hiasan yang ditayang-tayang.
Para sahabat Nabi SAW adalah contoh yg paling ideal utk kita memahami erti kemerdekaan. Mereka bukan sahaja menayangkan sikap mereka yang merdeka. Bahkan mereka membuktikan dgn tangan-tangan mereka apakah itu kemerdekaan yang sebenar.
Merdeka seorang Umar
Antara 10 orang sahabat Nabi SAW yang dijamin masuk syurga. Semasa beliau masih berada di dalam jahiliyyah, beliau adalah 'taiko besar' yang sgt digeruni. Sebut saja nama umar pasti tiada siapa yg dpt menandingi. Bahkan sebelum beliau islam, beliau adalah orang yang paling memusuhi islam. Kalau Abu Jahal hanya berani menganggu dakwah nabi dgn kata2 dan mengupah orang membuat onar kpd nabiNamun sikap umar tidak begitu. Beliau secara lantang dan berani, sedia 'face to face' untuk membunuh nabi. Namun hidayah daripada Allah membawa beliau kepada islam. Tatkala jiwanya sudah merdeka dari belenggu jahiliyyah. Beliau antara sahabat nabi yang sangat menghayati erti kebebasan.
Kebebasan bagi seorang umar sgt mndalam. Beliau sentiasa ingin melihat manusia bebas dari kezaliman, kesempitan berfikir yang jumud dan memberi keluasan dunia dan akhirat kepada setiap manusia dgn keadilan islam.
Kemerdekaan yang beliau hayati dan imani ini, telah membawa islam ketahap yang sangat tinggi. Semasa pemeritahan beliau sbg seorang khalifah, beliau berjaya menjatuhkan kerajaan Rom, yang pada waktu itu sangat megah dan angkuh dengan kekuasaan yang mereka ada.
Kalaulah umar setelah merdeka (bebas dari belenggu jahiliyyah) hanya mengeksperikan kemerdekaannya dgn kibaran bendera, menyebut berulang2 kali perkataan "MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!" ataupun pergi berarak mengelilingi Kaabah pada setiap kali ulang tahun beliau memeluk islam. Sudah tentu islam tidak akan sampai kepuncak kegemilangan seperti tercatat di dalam sejarah.
Hayatilah kata Amirul Mukminin ini,
"Aku hanyalah seorang umar. Jika bukan kerana Islam, tiadalah kemuliaan bagiku. Andai semua manusia pergi ke syurga kecuali seorang, aku bimbang dia adalah diriku"
Jom memahami makna MERDEKA yang sebenar. Selamat menyambut hari kemerdekaan.. :)
Sekian,
KitAdalahLogam

No comments:
Post a Comment