Wednesday 9 April 2014

Bekerjalah! Pasti ada keajaiban

Keajaiban. Ia tidak datang dalam serta merta dihadapan kita. Walaupon Allah mampu sahaja menunjukkan kuasaNya dalam satu kata "Kun". Kita tahu bukan itu yang terjadi. Ibrahim harus bersusah payah untuk menangkap lalu mencincang empat ekor burung.

Lalu diharunginnya jajaran bukit-bukit dengan lembah yang curam untuk meletakkan cincangan burung-burung tadi di tempatnya masing-masing. Kemudian baru ia mampu untuk memanggil burung2 tersebut untuk mendatanginya dengan segera.

Disinilah rupa keajaiban itu berlaku. Setelah kerja keras yang menguras tenaga.

Tetapi apakah kerja-kerja kita selalu ditaburi keajaiban?

Sekadar hiasan

Christopher Columbus, nama yang tidak asing lagi di dalam tinta sejarah dunia. Seorang yang berjaya menemui benua Amerika dalam pelayarannya dari benua Eropah ke Timur.

Suatu hari, beliau di jemput untuk satu majlis jamuan oleh Raja Ferdinand dan Ratu Isabella. Columbus menjadi daya tarikan orang disekelilingnya. Masakan tidak, namanya sudah meniti disetiap bibir masyarakat umum.

Akan tetapi, dalam taburan pujian dan kekaguman itu, ada mulut-mulut yang bercakap mengenainya:

"Alah..setakat belayar ke sana (benua Amerika) bukanlah sesuatu yang sukar. Tinggal belayar terus ke barat.". Columbus hanya tersenyum dari kerusinya, mendengar kata-kata tersebut.

Beliau kemudian mengambil sebiji telur rebus yang berada di atas piring, dihadapannya.

"Tuan-tuan sekalian", ujarnya memecah riuh majlis tersebut.
"Siapa di antara kalian yang mampu mendirikan telur ini dengan tegak?"

"Itu adalah sesuatu yang mustahil!", ujar seorang tua

Semua menggangguk mengiyakan kata-kata si tua tadi.

"Saya bisa", ujar Columbus. Dia memecahkan salah satu ujung telur itu sampai remuk. Lalu ia mendirikannya.

"Oh..kalau begitu caranya, kami pon bisa!" ujar seorang yg lain.
"Ya...ya..ya..", seru yang lain. Senyuman columbus semakin melebar. Beliau mula bersuara,

"Itulah bezanya antara aku dan kalian. Tuan-tuan! aku hanya melakukan perkara-perkara yang mudah dalam kehidupan ini. Tetapi aku melakukannya di saat semua org mengatakan bahawa hal yang mudah itu mustahil!"

Sahabat yang dikasihi. Bekerjalah! Nescaya keajaiban yang luar biasa akan menyapa dari arah yang tidak terduga. Bukan soal mampu atau tidak. Bukan soal berjaya atau gagal. Akan tetapi kita bekerja dan beramal kerana bekerja dan beramal adalah bentuk kesyukuran yang terindah. Seperti firman Allah :

"Bekerjalah hai keluarga Dawud, untuk bersyukur. Dan sedikit sekali di antara hambaKu yang pandai bersyukur" (Saba' 34:13)

Sekian
KitAdalahLogam

-Dipetik dari buku Dalam Dekapan Ukhwah-






Thursday 3 April 2014

Tadabbur : Sekiranya ada peluang kedua

Masih teringat sewaktu belajar di Malaysia, kerap kali jugak (walaupun tak selalu) imam akan membacakan surah As-Sajadah pada hari jumaat ketika solat subuh. Dan melihat kepada trend rakan2 yang banyak menghafal surah ini, aku juga mengambil kesempatan untuk menghafal surah ini sejak di tingkatan 5.

Akan tetapi surah Sejadah ini, tidak pernah ku hayati maknanya secara mendalam. Sehinggalah pada pagi tadi, tatkala seusai solat subuh, aku merasakan terpanggil untuk menghayati bait2 kalimah Allah SWT ini.

Tatkala membaca makna dalam ayat yang ke-12 yang berbunyi :

"Dan sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya; maka kembalikanlah kami kedunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin". (As-sajadah :12)

Sampai pada ayat yang ke-12 ini, aku agak tersentap. Disini Allah menggambarkan dengan jelas,bagaimana keadaan org yg sering bermaksiat kepada Allah. Keseronokan dan wahan (cintaka dunia) yang dibangga² kan itu, tidak langsung membantu dalam persediaan bertemu dengan Rabbnya. Bahkan mereka tertunduk malu dihadapan Allah SWT!

Jelas bahawa pangkat yang tinggi, harta yang banyak dan keegoan ketika di bumi langsung tidak memberi manfaat. Bahkan golongan2 inilah yang meminta² utk diberi peluang kedua! utk kembali kedunia dan melakukan amal2 yg solih kerana mereka telah yakin.

Kita tahu bahawa peluang kedua ini tidak akan diberi sama sekali. Yup tidak akan diberi sama sekali!.

Kerana apa?

Kerana telah banyak kali Allah berikan peringatan kepada kita, baik dalam bentuk kalamnya mahupun bencana2 alam yang bole kita ambil ibrah daripadanya. Tapi kadang2, mata kita hanya melihat perkara² ini sambil lewa.

Oleh sebab itulah, tazkirah dan penyucian jiwa perlu sentiasa berlaku utk memastikan diri kita sentiasa dalam keadaan beringat. Bak kata pepatah melayu "Beringat sebelum terlambat"

Kalau nasi sudah menjadi bubur, tiada apa lagi yang dapat kita lakukan..

Ayuh! kita terus suburkan kehidupan dengan peringatan2. Carilah sahabat yang membantu dalam membentuk suasana yang baik. Lazimi diri untuk sentiasa ditarbiyyah, kerana dalam pentarbiyyah, kita akan sentiasa diberi peringatan samada dalam kadar yang banyak mahupun sedikit.

Kerana kita yakin, kita tidak mahu lagi menjadi orang2 yang meminta kepada Allah utk diberi PELUANG KEDUA!

KitAdalahLogam


Thursday 23 January 2014

Ukhwah Kita hingga ke Syurga ye Akhi!

Musalman bergegas lari mengejar train yang hanya tinggal 5 minit sebelum bergerak ke München Hbf (Munich Main Train Station). Musalman seorang remaja bertubuh kecil, memakai kaca mata dan sentiasa dengan gaya rambut belah tengah yg disikat kemas.

Melihat jam di tangannya, beliau lantas melajukan derapan langkahnya menaiki escalator.  Dihayun deras kedua-dua belah tangannya kedepan dan kebelakang seperti larian watson nyambek pelari pecut Malaysia tersohor era 1998.

Gedebukss!!! Musalman menghempas beg yang digalasnya setelah berjaya menaiki train yang dikejarnya tadi.

"Hey Kollege ! macht kein Panik, wir haben noch Zeit!"
(Hey Sahabat ! Bertenang, kita masih ade masa!)Ujar seorang pemuda German kepadanya sambil tersenyum sinis. Musalman meletakkan kedua-dua belah tangannya di paha, sambil menghela nafasnya yang tercungap-cungap beberapa kali.

"Alhamdulillah sempat juga naik train ni", sambil mengusap2 dadanya dikala dia masih kepenatan.

Masakan tidak, waktu sudah melewati jam 10 malam. Kekerapan train semakin berkurang tambahan hari itu adalah hari minggu. Sekiranya dia terlepas train laju (ICE) ini. Dia terpaksa menaiki train biasa (Regional Bahn) dan ia akan mengambil masa yang lebih lama utk sampai ke München Hbf.

Akan tetapi tiba lewat di rumah, tidak sedikit pun merisaukan dirinya. Yang lebih penting adalah Musalman dpt bertemu dgn mutarabbinya yang berada di sekitar Stuttgart utk berbulatan gembira, setelah hampir sebulan tidak bertemu mereka. Waduh itu memang nikmat sekali!

Beliau lantas menggalas beg yg dipegangnya tadi, sambil mencari2 tempat yang masih kosong. Matanya mengilas pantas kearah sebuah kerusi biru yang masih kosong disebelah tetingkap besar. Musalman duduk melepas kepenatan...

Kredit : ICE Train merupakan train terpantas di German pd waktu ini

Musalman tersenyum keseorangan sambil mendagu tanganya di tepi tingkap, memikirkan peristiwa yang berlaku semasa "berbulatan gembira" pagi tadi. Diimbau kembali peristiwa lucu yg mengeletek hatinya pagi tadi.

Budiman, mutarabbi Musalman yang sedang menuntut dalam bidang kejuruteraan mechanical di Stuttgart University. Seorang yang periang dan sukakan aktiviti lasak.

Masa kan tidak lucu, dek hanya kerana ingin bersama2 sahabat yg lain yg bisa berbicara arab, Budiman cuba utk tidak ketinggalan berbicara didalam bahasa tersebut.

"Ana telepon ayah ana, abi saya kirim salam pada semua. Dia suruh kita sama2 jaga solat, baca quran..jangan malas. Ingat tu pesan abi ayah ana"
ujar Budiman mencampur-adukkan tatabahasa arab secara tonggang langgang ikut suka hati dia dgn bahasa melayu.  Kami ketawa melihat telatah beliau, lantas kami memperbetulkan tatabahasa Budiman. Budiman hanya tersengih. Itulah Budiman yg kami kenali. Seorg remaja yg masih muda dan bersemangat tinggi. Senyum

Musalman antara orang yang sgt gembira melihat perubahan yang berlaku pd Budiman slps menyertai rakan-rakan yang lain di dalam gerabak tarbiyyah. Daripada seorang yang nakal, suka menyakat kawan, bahkan sering keluar malam sehingga dikejar Pak Guard menjadi rutin mingguannya. Kini, Budiman yg dulu bukanlah yg sekarang! (Ewahh).

Gerabak tarbiyyah mengubah kehidupannya.

Pernah suatu hari, tatkala Musalman tido di bilik Budiman, Budiman bangun lebih awal dari Murobbinya. Di bentangkan sejadah ke arah kiblat, maka diangkat takbir dikala dini hari melakukan solat qiyam. Murobbinya hanya melihat dari kejauhan. Seusai solat, Budiman seakan teresak2 menangis dan merintih. Sayu hati murobbinya melihat keadaan tersebut.

Begitu lembut hati nya tatkala dia benar-benar mengenali erti tarbiyyah. Budiman pernah berpesan kpd murobbinya,

"Akhi Man. Terima kasih sbb sudi hadir mengisi kekosongan jiwa saya. Saya x pernah merasai ukhwah seakrab ini sepanjang kehidupan saya. Akhi Man sering kali menasihati dan memberi sokongan kpd saya walaupon akhi sentiasa busy. Terima akhi ats segalanya. nanti kita berukhwah sampai ke syurga ye Akhi..." tersenyum Musalman melihat telatah mutarabbinya.  

Itulah Budiman yg kami kenali...

Sekian,
KitAdalahLogam

 









Monday 6 January 2014

Pelangi Tarbiyyah

Bakal seorang Graduan

Pejam celik. Pejam celik..sudah hampir 4 tahun aku berada di bumi bertuah Germany dan tak lama lagi insyaallah bakal bergelar graduan memegang title Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan. (Aku mohon doa dari kalian)


Mengenali Dunia Asing Ini 

Germany,
Sebuah tanah yang sudah ku anggap seperti  "Home" aku jgk la. Kalau dlm perlawanan bola sepak spt EPL, La Liga or even Bundesliga, memang ada satu perbezaan yang cukup significant bila kita bermain sesuatu match tu di "Home" atau "Away". Setiap pasukan terhebat di dunia (anda namakan lah sendiri), kalau bole mereka akan cuba mengekalkan kemenangan di "Home", kerana kemenangan di "Home" merupakan maruah mereka. Mana tidaknya, mereka sudah biasa dgn keadaan dan situasi padang disitu.

Begitu jugak lah dengan kehidupan ku disini. Walaupon masih boleh dikatakan baru di bumi asing Germany ni, tapi tidak ku nafikan banyak selok-belok dalam kehidupan masyarakat German yang telah ku hadam dan ku fahami sendiri. Disebalik kehidupan, budaya, adat-resam, makanan dan lain-lain peradaban yang berbeza dengan kehidupan di Malaysia. Ada satu perkara yang tidak dapat ku lupai sepanjang aku berada disini.


Laskar Pelangiku disini

Disinilah tempat di mana aku merasai kemanisan tarbiyyah. Disini lah tempat, dimana aku disentuh oleh seorang Murobbi yang sehingga kini, masih aku hormati beliau dan tidak pernah aku lupakan usaha dan kudrat yang ia lontarkan.

Aku tidak tahu bagaimana untuk mengungkapkan perasaan tersebut. Tetapi diriku seakan menyukai tarbiyyah ini. Ia benar² meresap ke dalam susuk tubuh dan jiwaku. Ditambah dgn tautan ukhwah yang sentiasa mengikat hati. Ini menjadikan tarbiyyah itu sendri spt sebuah pelangi yang menghiasi diriku dengan juzuk-juzuk warna yang padan, tanpa mengurangi sedikit pon tona warnanya.

Begitulah indahnya Tarbiyyah! Hanya bagi sesiapa yang pernah "bercinta" dgnnya akan merasai kemanisan ini.

Cuma yang aku terkilan sehingga hari ini, aku masih tidak mampu utk menyampaikan tona warna pelangi ini, kepada orang lain sebaik mungkin. Aku merasakan pelangi ini, masih belom mampu menyinar dan melekat kepada orang lain. Bahkan seperti ianya sesuatu yang mustahil! Mustahil! T_T

Aku sentiasa berdoa agar Allah membantu diriku yang serba lemah ini :

"Ya Allah berikanlah Hambamu ini kekuatan, utk sentiasa teguh dan istiqamah dalam menyampaikan risalah mu ini. Ku yakin hidayah itu hanya milik-Mu dan kepada Engkau aku menyerahkan segala urusan, setelah aku berusaha dengan kesungguhan kudratku"

Semoga suatu hari nanti Pelangi ini dapat dilimpahkan kepada orang lain juga. Teringin benar ingin berkongsi manisnya Laskar pelangi ini!.

Wallahualam,

KitAdalahLogam



Sunday 5 January 2014

Puisi : Azam Tahun Baru ku

Tahun Baru ini..
Ramai yang menanamkan azam baru,
Menginginkan suatu pembaharuan dalam diri,
Diinginkan padanya rumah baru,
Kereta yang baru,
Pendapatan yang baru,
Kawin pon baru? Eh pon boleh jugak ek?

Tatkala malam 31 December 2013 melabuhkan tirainya,
Tatkala pagi 1 Januari 2014 membuka lembarannya,
Ramai manusia berdondon-dondon,
Berpusu-pusu,
Memenuhi stadium-stadium, dataran-dataran dan konsert-konsert untuk menghiburkan hati mereka,

Akan tetapi, 
Itukah kepuasan hati yang dicari?
Puaskah hati dengan hiburan itu?
Kenyangkah jiwa dengan santapan hiburan?

Kadang-kadang tidak...
Manusia hanya menyedapkan hati mereka yang sedang gelisah,
Membelai hatinya sehingga ia rasa hatinya cukup tenang,
Hakikatnya tidak..
Sesekali tidak...

Kredit
Kerana..
Hakikat hati itu mudah..
Hati itu mencari erti kehidupan,
Kerna ia sentiasa mendahagai ruhi islami,

Pada tahun ini,
Tidak aku pinta lebih dari itu,

Yang ku inginkan, 
Hanya seketul hati yang lebih suci,
Hati yang sentiasa dibasahi kalam ya Rabbi,
Hati yang sentiasa menangisi,
Hati yang lebih peka terhadap jiwa manusia,
Hati yang bangkit memperbetul ummah,
Hati yang sentiasa bangun untuk berqiamul lail,
Kerana hati ku hanya satu..
Dan hati ini akan ku jaga dan ku semai,
Sehingga ia benar.benar tertaut dengan Penciptanya...

Sekian,
KitAdalahLogam

Monday 7 October 2013

Rantaian Kasih Ukhwah

"Everytime you feel like you cannot go on,
You feel so lost,that your so alone
All you see is night, and darkness all around,
You feel so helpless, 
You can't see which way to go,
Don't despair and never loose hope,
Cause Allah is always by your side,
Insyallah 3x"

Kedengaran alunan nasyid mendayu-dayu nyanyian Maher Zain yg disetkan sbg alarm clock pada phone Sam Song S4 si Amar.

Amar bingkas bangun dari lamunan tidurnya, apabila alarm clock itu berbunyi menandakan jam 5.30 pagi. Di ambil tualanya lalu bergegas ke bilik mandi..

Setelah hampir 10 minit, dia keluar semula dari bilik mandinya dan mengenakan pakaian baju melayu dan terus menuju ke masjid turki berdekatan rumahnya utk menunaikan solat subuh berjemaah.

Suasana di Germany diwaktu pagi memang lengang. Yang ada hanya pakcik2 yang sedang membersihkan laluan pejalan kaki dan beberapa buah bus yang sedang memulakan operasi rutinnya.

Seperti kebiasaan, seusai solat subuh, Amar akan bersalaman dengan jemaah masjid, sambil mengambil kesempatan utk berbual bersama mereka di dalam bahasa German. (Nak improve Deutsch la katakan)

Setelah bersalaman, Amar duduk di penjuru kanan bahagian belakang masjid dan mengambil beberapa minit utk membaca beberapa helaian Surat Cinta dari Allah -Al Quran-

Beliau mula menyelak2 Al-Qurannya lalu membaca surah yg ke-59. Surah Al-Hasyr.

Setelah habis membaca surah tersebut, maka Amar membaca pula maksudnya sambil mentadabbur beberapa ayat dari surah tersebut. Sampai ke ayat 10 surah Al-Hasyr. Amar menarik nafas panjang2 sambil beberapa titisan air mata mengalir dari kelopak matanya.

"Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: " Ya Rabb, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang" (Al-Hasyr:10)

Masih ter-ngiang2 di telinga Amar akan ucapan Murobbinya semasa didalam pertemuan bulatan Gembira minggu lalu,

"Ana nak mengajak ikhwah utk kita sama2 menguatkan lagi ukhwah sesama kita. Kita kene sama2 saling bantu-membantu sesama kita. Mungkin sekarang kita masih boleh bergembira dan gelak ketawa. Tapi kalo kita tak letakkan ukhwah kita ni semata2 kerana Allah. Ada masanya nanti, bila ukhwah kita diuji. Mungkin kita sendiri bole bergaduh antara satu sama lain."

Ketika dalam bulatan gembira, Amar tidak begitu merasakan kata-kata yang diungkapkan oleh Murobbinya. Akan tetapi setelah beliau mentadabbur ayat diatas, beliau merasakan bahawa ukhwah kaum mukminin bukan bole dipandang ringan.

Lihat bagaimana kaum Ansar dan Muhajirin berukhwah. Puncak kekuatan mereka bukanlah terletak hanya pada kata-kata "Uhibbuka Fillah" (Aku mencintai kamu kerana Allah). Akan tetapi dengan amal dan pengorbanan. Sehingga mereka sanggup mengenepikan kepentingan diri dan harta mereka.

Bahkan mereka berdoa kepada Allah.
Ya Allah, ampunkanlah kawan2 kami yg dah beriman dulu dari kami. Dan janganlah Kau adakan perasaan dengki antara kami dgn mereka..

Masyaallah..Sampai macam tu sekali mereka berdoa , semata2 utk menjaga ukhwah sesama mereka. Mereka tau bila mana ukhwah itu hancur. Maka segala urusan dakwah akan terus terbantut.

Mudah-mudahan Allah meredhoi ukhwah yang kita bina.

Amar menutup helaian cinta dari Allah- Al Quran - itu. Dan pulang ke rumah semula. Beliau tersenyum seorang, sambil mengingati sahabat2 sebulatan gembira dengannya.

Didalam hatinya berbisik. "Ikhwah, Ana Uhibbukum Fillah"...:-)

Sekian,
KitAdalahLogam




Friday 6 September 2013

Dalam kesulitan pasti ada kemudahan!

Situasi time study :
"Ana penat la akhi. Kelas sampai ke petang. Malam kene usrah plak, tah tahan la camni"

Situasi time kije :
"Dulu masa study, ana boleh la all out. Tapi dah kije ni susah sikit la. Anta bawak la usrah ana tu".

Situasi sudah ber-Baitul Muslim:
"Sekarang anak ana dh masuk 4. Ana kene tumpukan perhatian kepada anak2 ana ni. Dulu time study2 bole la usrah2 ni. Skang bila dah berkeluarga ni...hmmm..dah x kot..(eh?)

Situasi sudah lanjut usia :
"Pakcik dah tuo, kudrat dah tak ada..kalau la muda2 dulu all out buat D&T..(mengeluh penyesalan)"

Setiap kesulitan pasti ada kemudahan!

Setiap dari KITA mampu mencipta seribu satu alasan, hanya utk mengelak dari melakukan sesuatu perkara. Kita mungkin mampu terus beralasan. Tetapi sedarlah bahwa dgn byk sgt beralasan ianya langsung tidak membantu membuahkan amal.

Kadang2 diri ini sgt2 terkesan, bila melihat beberapa ikhwah yg sgt tsabat & teguh didalam jln D&T ini. Keikhlasan yg mereka tunjukkan, menyebabkan hati ini kadang2 sayu dan pilu (nangis banjir T_T).

Ada yg sanggup travel 12 jam hanya utk bertemu anak usrah. Ada yg sanggup berulang-alik dari seremban ke shah alam kerana nilai sebuah usrah. Allahu Allah..

Ada yang sampai tertido di dalam kereta, utk melepaskan lelah seketika, dek kerana terlalu letih menyelusuri jln D&T ini. Allahu Allah..

Ada yg sanggup meninggalkan perkerjaan yg gah kerana pekerjaan itu tidak membantu D&T. Dan mencari pekerjaan yg lebih membantu keluncuran D&T. Allahu Allah..

Mereka2 ni mampu je utk mencipta alasan spt jarak yg jauh, kerja yg banyak, tak ada masa n so on. Tetapi mereka tidak bertindak sedemikian. Bahkan menjadikan halangan2 yg ada sebagai satu yg positif. Menjadikan halangan sbg lumrah yg harus ditempuh.

Semoga antum terus menjadi teladan kepada kami yg masih baru nak merangkak ni. Semoga Allah meredhoi segala usaha2 murni kalian.

Ana selitkan sebuah lagu, sebagai penutup kepada perkongsian kali ini..semoga kita terus bersemangat di jalan ini. Setiap kesulitan pasti ada kemudahan!