Thursday, 23 January 2014

Ukhwah Kita hingga ke Syurga ye Akhi!

Musalman bergegas lari mengejar train yang hanya tinggal 5 minit sebelum bergerak ke München Hbf (Munich Main Train Station). Musalman seorang remaja bertubuh kecil, memakai kaca mata dan sentiasa dengan gaya rambut belah tengah yg disikat kemas.

Melihat jam di tangannya, beliau lantas melajukan derapan langkahnya menaiki escalator.  Dihayun deras kedua-dua belah tangannya kedepan dan kebelakang seperti larian watson nyambek pelari pecut Malaysia tersohor era 1998.

Gedebukss!!! Musalman menghempas beg yang digalasnya setelah berjaya menaiki train yang dikejarnya tadi.

"Hey Kollege ! macht kein Panik, wir haben noch Zeit!"
(Hey Sahabat ! Bertenang, kita masih ade masa!)Ujar seorang pemuda German kepadanya sambil tersenyum sinis. Musalman meletakkan kedua-dua belah tangannya di paha, sambil menghela nafasnya yang tercungap-cungap beberapa kali.

"Alhamdulillah sempat juga naik train ni", sambil mengusap2 dadanya dikala dia masih kepenatan.

Masakan tidak, waktu sudah melewati jam 10 malam. Kekerapan train semakin berkurang tambahan hari itu adalah hari minggu. Sekiranya dia terlepas train laju (ICE) ini. Dia terpaksa menaiki train biasa (Regional Bahn) dan ia akan mengambil masa yang lebih lama utk sampai ke München Hbf.

Akan tetapi tiba lewat di rumah, tidak sedikit pun merisaukan dirinya. Yang lebih penting adalah Musalman dpt bertemu dgn mutarabbinya yang berada di sekitar Stuttgart utk berbulatan gembira, setelah hampir sebulan tidak bertemu mereka. Waduh itu memang nikmat sekali!

Beliau lantas menggalas beg yg dipegangnya tadi, sambil mencari2 tempat yang masih kosong. Matanya mengilas pantas kearah sebuah kerusi biru yang masih kosong disebelah tetingkap besar. Musalman duduk melepas kepenatan...

Kredit : ICE Train merupakan train terpantas di German pd waktu ini

Musalman tersenyum keseorangan sambil mendagu tanganya di tepi tingkap, memikirkan peristiwa yang berlaku semasa "berbulatan gembira" pagi tadi. Diimbau kembali peristiwa lucu yg mengeletek hatinya pagi tadi.

Budiman, mutarabbi Musalman yang sedang menuntut dalam bidang kejuruteraan mechanical di Stuttgart University. Seorang yang periang dan sukakan aktiviti lasak.

Masa kan tidak lucu, dek hanya kerana ingin bersama2 sahabat yg lain yg bisa berbicara arab, Budiman cuba utk tidak ketinggalan berbicara didalam bahasa tersebut.

"Ana telepon ayah ana, abi saya kirim salam pada semua. Dia suruh kita sama2 jaga solat, baca quran..jangan malas. Ingat tu pesan abi ayah ana"
ujar Budiman mencampur-adukkan tatabahasa arab secara tonggang langgang ikut suka hati dia dgn bahasa melayu.  Kami ketawa melihat telatah beliau, lantas kami memperbetulkan tatabahasa Budiman. Budiman hanya tersengih. Itulah Budiman yg kami kenali. Seorg remaja yg masih muda dan bersemangat tinggi. Senyum

Musalman antara orang yang sgt gembira melihat perubahan yang berlaku pd Budiman slps menyertai rakan-rakan yang lain di dalam gerabak tarbiyyah. Daripada seorang yang nakal, suka menyakat kawan, bahkan sering keluar malam sehingga dikejar Pak Guard menjadi rutin mingguannya. Kini, Budiman yg dulu bukanlah yg sekarang! (Ewahh).

Gerabak tarbiyyah mengubah kehidupannya.

Pernah suatu hari, tatkala Musalman tido di bilik Budiman, Budiman bangun lebih awal dari Murobbinya. Di bentangkan sejadah ke arah kiblat, maka diangkat takbir dikala dini hari melakukan solat qiyam. Murobbinya hanya melihat dari kejauhan. Seusai solat, Budiman seakan teresak2 menangis dan merintih. Sayu hati murobbinya melihat keadaan tersebut.

Begitu lembut hati nya tatkala dia benar-benar mengenali erti tarbiyyah. Budiman pernah berpesan kpd murobbinya,

"Akhi Man. Terima kasih sbb sudi hadir mengisi kekosongan jiwa saya. Saya x pernah merasai ukhwah seakrab ini sepanjang kehidupan saya. Akhi Man sering kali menasihati dan memberi sokongan kpd saya walaupon akhi sentiasa busy. Terima akhi ats segalanya. nanti kita berukhwah sampai ke syurga ye Akhi..." tersenyum Musalman melihat telatah mutarabbinya.  

Itulah Budiman yg kami kenali...

Sekian,
KitAdalahLogam

 









Monday, 6 January 2014

Pelangi Tarbiyyah

Bakal seorang Graduan

Pejam celik. Pejam celik..sudah hampir 4 tahun aku berada di bumi bertuah Germany dan tak lama lagi insyaallah bakal bergelar graduan memegang title Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan. (Aku mohon doa dari kalian)


Mengenali Dunia Asing Ini 

Germany,
Sebuah tanah yang sudah ku anggap seperti  "Home" aku jgk la. Kalau dlm perlawanan bola sepak spt EPL, La Liga or even Bundesliga, memang ada satu perbezaan yang cukup significant bila kita bermain sesuatu match tu di "Home" atau "Away". Setiap pasukan terhebat di dunia (anda namakan lah sendiri), kalau bole mereka akan cuba mengekalkan kemenangan di "Home", kerana kemenangan di "Home" merupakan maruah mereka. Mana tidaknya, mereka sudah biasa dgn keadaan dan situasi padang disitu.

Begitu jugak lah dengan kehidupan ku disini. Walaupon masih boleh dikatakan baru di bumi asing Germany ni, tapi tidak ku nafikan banyak selok-belok dalam kehidupan masyarakat German yang telah ku hadam dan ku fahami sendiri. Disebalik kehidupan, budaya, adat-resam, makanan dan lain-lain peradaban yang berbeza dengan kehidupan di Malaysia. Ada satu perkara yang tidak dapat ku lupai sepanjang aku berada disini.


Laskar Pelangiku disini

Disinilah tempat di mana aku merasai kemanisan tarbiyyah. Disini lah tempat, dimana aku disentuh oleh seorang Murobbi yang sehingga kini, masih aku hormati beliau dan tidak pernah aku lupakan usaha dan kudrat yang ia lontarkan.

Aku tidak tahu bagaimana untuk mengungkapkan perasaan tersebut. Tetapi diriku seakan menyukai tarbiyyah ini. Ia benar² meresap ke dalam susuk tubuh dan jiwaku. Ditambah dgn tautan ukhwah yang sentiasa mengikat hati. Ini menjadikan tarbiyyah itu sendri spt sebuah pelangi yang menghiasi diriku dengan juzuk-juzuk warna yang padan, tanpa mengurangi sedikit pon tona warnanya.

Begitulah indahnya Tarbiyyah! Hanya bagi sesiapa yang pernah "bercinta" dgnnya akan merasai kemanisan ini.

Cuma yang aku terkilan sehingga hari ini, aku masih tidak mampu utk menyampaikan tona warna pelangi ini, kepada orang lain sebaik mungkin. Aku merasakan pelangi ini, masih belom mampu menyinar dan melekat kepada orang lain. Bahkan seperti ianya sesuatu yang mustahil! Mustahil! T_T

Aku sentiasa berdoa agar Allah membantu diriku yang serba lemah ini :

"Ya Allah berikanlah Hambamu ini kekuatan, utk sentiasa teguh dan istiqamah dalam menyampaikan risalah mu ini. Ku yakin hidayah itu hanya milik-Mu dan kepada Engkau aku menyerahkan segala urusan, setelah aku berusaha dengan kesungguhan kudratku"

Semoga suatu hari nanti Pelangi ini dapat dilimpahkan kepada orang lain juga. Teringin benar ingin berkongsi manisnya Laskar pelangi ini!.

Wallahualam,

KitAdalahLogam



Sunday, 5 January 2014

Puisi : Azam Tahun Baru ku

Tahun Baru ini..
Ramai yang menanamkan azam baru,
Menginginkan suatu pembaharuan dalam diri,
Diinginkan padanya rumah baru,
Kereta yang baru,
Pendapatan yang baru,
Kawin pon baru? Eh pon boleh jugak ek?

Tatkala malam 31 December 2013 melabuhkan tirainya,
Tatkala pagi 1 Januari 2014 membuka lembarannya,
Ramai manusia berdondon-dondon,
Berpusu-pusu,
Memenuhi stadium-stadium, dataran-dataran dan konsert-konsert untuk menghiburkan hati mereka,

Akan tetapi, 
Itukah kepuasan hati yang dicari?
Puaskah hati dengan hiburan itu?
Kenyangkah jiwa dengan santapan hiburan?

Kadang-kadang tidak...
Manusia hanya menyedapkan hati mereka yang sedang gelisah,
Membelai hatinya sehingga ia rasa hatinya cukup tenang,
Hakikatnya tidak..
Sesekali tidak...

Kredit
Kerana..
Hakikat hati itu mudah..
Hati itu mencari erti kehidupan,
Kerna ia sentiasa mendahagai ruhi islami,

Pada tahun ini,
Tidak aku pinta lebih dari itu,

Yang ku inginkan, 
Hanya seketul hati yang lebih suci,
Hati yang sentiasa dibasahi kalam ya Rabbi,
Hati yang sentiasa menangisi,
Hati yang lebih peka terhadap jiwa manusia,
Hati yang bangkit memperbetul ummah,
Hati yang sentiasa bangun untuk berqiamul lail,
Kerana hati ku hanya satu..
Dan hati ini akan ku jaga dan ku semai,
Sehingga ia benar.benar tertaut dengan Penciptanya...

Sekian,
KitAdalahLogam