Musalman bergegas lari mengejar train yang hanya tinggal 5 minit sebelum bergerak ke München Hbf (Munich Main Train Station). Musalman seorang remaja bertubuh kecil, memakai kaca mata dan sentiasa dengan gaya rambut belah tengah yg disikat kemas.
Melihat jam di tangannya, beliau lantas melajukan derapan langkahnya menaiki escalator. Dihayun deras kedua-dua belah tangannya kedepan dan kebelakang seperti larian watson nyambek pelari pecut Malaysia tersohor era 1998.
Gedebukss!!! Musalman menghempas beg yang digalasnya setelah berjaya menaiki train yang dikejarnya tadi.
"Hey Kollege ! macht kein Panik, wir haben noch Zeit!"
(Hey Sahabat ! Bertenang, kita masih ade masa!), Ujar seorang pemuda German kepadanya sambil tersenyum sinis. Musalman meletakkan kedua-dua belah tangannya di paha, sambil menghela nafasnya yang tercungap-cungap beberapa kali.
"Alhamdulillah sempat juga naik train ni", sambil mengusap2 dadanya dikala dia masih kepenatan.
Masakan tidak, waktu sudah melewati jam 10 malam. Kekerapan train semakin berkurang tambahan hari itu adalah hari minggu. Sekiranya dia terlepas train laju (ICE) ini. Dia terpaksa menaiki train biasa (Regional Bahn) dan ia akan mengambil masa yang lebih lama utk sampai ke München Hbf.
Akan tetapi tiba lewat di rumah, tidak sedikit pun merisaukan dirinya. Yang lebih penting adalah Musalman dpt bertemu dgn mutarabbinya yang berada di sekitar Stuttgart utk berbulatan gembira, setelah hampir sebulan tidak bertemu mereka. Waduh itu memang nikmat sekali!
Beliau lantas menggalas beg yg dipegangnya tadi, sambil mencari2 tempat yang masih kosong. Matanya mengilas pantas kearah sebuah kerusi biru yang masih kosong disebelah tetingkap besar. Musalman duduk melepas kepenatan...
![]() |
| Kredit : ICE Train merupakan train terpantas di German pd waktu ini |
Musalman tersenyum keseorangan sambil mendagu tanganya di tepi tingkap, memikirkan peristiwa yang berlaku semasa "berbulatan gembira" pagi tadi. Diimbau kembali peristiwa lucu yg mengeletek hatinya pagi tadi.
Budiman, mutarabbi Musalman yang sedang menuntut dalam bidang kejuruteraan mechanical di Stuttgart University. Seorang yang periang dan sukakan aktiviti lasak.
Masa kan tidak lucu, dek hanya kerana ingin bersama2 sahabat yg lain yg bisa berbicara arab, Budiman cuba utk tidak ketinggalan berbicara didalam bahasa tersebut.
"Ana telepon ayah ana, abi saya kirim salam pada semua. Dia suruh kita sama2 jaga solat, baca quran..jangan malas. Ingat tu pesan abi ayah ana"
ujar Budiman mencampur-adukkan tatabahasa arab secara tonggang langgang ikut suka hati dia dgn bahasa melayu. Kami ketawa melihat telatah beliau, lantas kami memperbetulkan tatabahasa Budiman. Budiman hanya tersengih. Itulah Budiman yg kami kenali. Seorg remaja yg masih muda dan bersemangat tinggi. Senyum
Musalman antara orang yang sgt gembira melihat perubahan yang berlaku pd Budiman slps menyertai rakan-rakan yang lain di dalam gerabak tarbiyyah. Daripada seorang yang nakal, suka menyakat kawan, bahkan sering keluar malam sehingga dikejar Pak Guard menjadi rutin mingguannya. Kini, Budiman yg dulu bukanlah yg sekarang! (Ewahh).
Gerabak tarbiyyah mengubah kehidupannya.
Pernah suatu hari, tatkala Musalman tido di bilik Budiman, Budiman bangun lebih awal dari Murobbinya. Di bentangkan sejadah ke arah kiblat, maka diangkat takbir dikala dini hari melakukan solat qiyam. Murobbinya hanya melihat dari kejauhan. Seusai solat, Budiman seakan teresak2 menangis dan merintih. Sayu hati murobbinya melihat keadaan tersebut.
Begitu lembut hati nya tatkala dia benar-benar mengenali erti tarbiyyah. Budiman pernah berpesan kpd murobbinya,
"Akhi Man. Terima kasih sbb sudi hadir mengisi kekosongan jiwa saya. Saya x pernah merasai ukhwah seakrab ini sepanjang kehidupan saya. Akhi Man sering kali menasihati dan memberi sokongan kpd saya walaupon akhi sentiasa busy. Terima akhi ats segalanya. nanti kita berukhwah sampai ke syurga ye Akhi..." tersenyum Musalman melihat telatah mutarabbinya.
Itulah Budiman yg kami kenali...
Sekian,
KitAdalahLogam

No comments:
Post a Comment