Wednesday, 9 April 2014

Bekerjalah! Pasti ada keajaiban

Keajaiban. Ia tidak datang dalam serta merta dihadapan kita. Walaupon Allah mampu sahaja menunjukkan kuasaNya dalam satu kata "Kun". Kita tahu bukan itu yang terjadi. Ibrahim harus bersusah payah untuk menangkap lalu mencincang empat ekor burung.

Lalu diharunginnya jajaran bukit-bukit dengan lembah yang curam untuk meletakkan cincangan burung-burung tadi di tempatnya masing-masing. Kemudian baru ia mampu untuk memanggil burung2 tersebut untuk mendatanginya dengan segera.

Disinilah rupa keajaiban itu berlaku. Setelah kerja keras yang menguras tenaga.

Tetapi apakah kerja-kerja kita selalu ditaburi keajaiban?

Sekadar hiasan

Christopher Columbus, nama yang tidak asing lagi di dalam tinta sejarah dunia. Seorang yang berjaya menemui benua Amerika dalam pelayarannya dari benua Eropah ke Timur.

Suatu hari, beliau di jemput untuk satu majlis jamuan oleh Raja Ferdinand dan Ratu Isabella. Columbus menjadi daya tarikan orang disekelilingnya. Masakan tidak, namanya sudah meniti disetiap bibir masyarakat umum.

Akan tetapi, dalam taburan pujian dan kekaguman itu, ada mulut-mulut yang bercakap mengenainya:

"Alah..setakat belayar ke sana (benua Amerika) bukanlah sesuatu yang sukar. Tinggal belayar terus ke barat.". Columbus hanya tersenyum dari kerusinya, mendengar kata-kata tersebut.

Beliau kemudian mengambil sebiji telur rebus yang berada di atas piring, dihadapannya.

"Tuan-tuan sekalian", ujarnya memecah riuh majlis tersebut.
"Siapa di antara kalian yang mampu mendirikan telur ini dengan tegak?"

"Itu adalah sesuatu yang mustahil!", ujar seorang tua

Semua menggangguk mengiyakan kata-kata si tua tadi.

"Saya bisa", ujar Columbus. Dia memecahkan salah satu ujung telur itu sampai remuk. Lalu ia mendirikannya.

"Oh..kalau begitu caranya, kami pon bisa!" ujar seorang yg lain.
"Ya...ya..ya..", seru yang lain. Senyuman columbus semakin melebar. Beliau mula bersuara,

"Itulah bezanya antara aku dan kalian. Tuan-tuan! aku hanya melakukan perkara-perkara yang mudah dalam kehidupan ini. Tetapi aku melakukannya di saat semua org mengatakan bahawa hal yang mudah itu mustahil!"

Sahabat yang dikasihi. Bekerjalah! Nescaya keajaiban yang luar biasa akan menyapa dari arah yang tidak terduga. Bukan soal mampu atau tidak. Bukan soal berjaya atau gagal. Akan tetapi kita bekerja dan beramal kerana bekerja dan beramal adalah bentuk kesyukuran yang terindah. Seperti firman Allah :

"Bekerjalah hai keluarga Dawud, untuk bersyukur. Dan sedikit sekali di antara hambaKu yang pandai bersyukur" (Saba' 34:13)

Sekian
KitAdalahLogam

-Dipetik dari buku Dalam Dekapan Ukhwah-






Thursday, 3 April 2014

Tadabbur : Sekiranya ada peluang kedua

Masih teringat sewaktu belajar di Malaysia, kerap kali jugak (walaupun tak selalu) imam akan membacakan surah As-Sajadah pada hari jumaat ketika solat subuh. Dan melihat kepada trend rakan2 yang banyak menghafal surah ini, aku juga mengambil kesempatan untuk menghafal surah ini sejak di tingkatan 5.

Akan tetapi surah Sejadah ini, tidak pernah ku hayati maknanya secara mendalam. Sehinggalah pada pagi tadi, tatkala seusai solat subuh, aku merasakan terpanggil untuk menghayati bait2 kalimah Allah SWT ini.

Tatkala membaca makna dalam ayat yang ke-12 yang berbunyi :

"Dan sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya; maka kembalikanlah kami kedunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin". (As-sajadah :12)

Sampai pada ayat yang ke-12 ini, aku agak tersentap. Disini Allah menggambarkan dengan jelas,bagaimana keadaan org yg sering bermaksiat kepada Allah. Keseronokan dan wahan (cintaka dunia) yang dibangga² kan itu, tidak langsung membantu dalam persediaan bertemu dengan Rabbnya. Bahkan mereka tertunduk malu dihadapan Allah SWT!

Jelas bahawa pangkat yang tinggi, harta yang banyak dan keegoan ketika di bumi langsung tidak memberi manfaat. Bahkan golongan2 inilah yang meminta² utk diberi peluang kedua! utk kembali kedunia dan melakukan amal2 yg solih kerana mereka telah yakin.

Kita tahu bahawa peluang kedua ini tidak akan diberi sama sekali. Yup tidak akan diberi sama sekali!.

Kerana apa?

Kerana telah banyak kali Allah berikan peringatan kepada kita, baik dalam bentuk kalamnya mahupun bencana2 alam yang bole kita ambil ibrah daripadanya. Tapi kadang2, mata kita hanya melihat perkara² ini sambil lewa.

Oleh sebab itulah, tazkirah dan penyucian jiwa perlu sentiasa berlaku utk memastikan diri kita sentiasa dalam keadaan beringat. Bak kata pepatah melayu "Beringat sebelum terlambat"

Kalau nasi sudah menjadi bubur, tiada apa lagi yang dapat kita lakukan..

Ayuh! kita terus suburkan kehidupan dengan peringatan2. Carilah sahabat yang membantu dalam membentuk suasana yang baik. Lazimi diri untuk sentiasa ditarbiyyah, kerana dalam pentarbiyyah, kita akan sentiasa diberi peringatan samada dalam kadar yang banyak mahupun sedikit.

Kerana kita yakin, kita tidak mahu lagi menjadi orang2 yang meminta kepada Allah utk diberi PELUANG KEDUA!

KitAdalahLogam