Masih teringat sewaktu belajar di Malaysia, kerap kali jugak (walaupun tak selalu) imam akan membacakan surah As-Sajadah pada hari jumaat ketika solat subuh. Dan melihat kepada trend rakan2 yang banyak menghafal surah ini, aku juga mengambil kesempatan untuk menghafal surah ini sejak di tingkatan 5.
Akan tetapi surah Sejadah ini, tidak pernah ku hayati maknanya secara mendalam. Sehinggalah pada pagi tadi, tatkala seusai solat subuh, aku merasakan terpanggil untuk menghayati bait2 kalimah Allah SWT ini.
Tatkala membaca makna dalam ayat yang ke-12 yang berbunyi :
"Dan sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya; maka kembalikanlah kami kedunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin". (As-sajadah :12)
Sampai pada ayat yang ke-12 ini, aku agak tersentap. Disini Allah menggambarkan dengan jelas,bagaimana keadaan org yg sering bermaksiat kepada Allah. Keseronokan dan wahan (cintaka dunia) yang dibangga² kan itu, tidak langsung membantu dalam persediaan bertemu dengan Rabbnya. Bahkan mereka tertunduk malu dihadapan Allah SWT!
Jelas bahawa pangkat yang tinggi, harta yang banyak dan keegoan ketika di bumi langsung tidak memberi manfaat. Bahkan golongan2 inilah yang meminta² utk diberi peluang kedua! utk kembali kedunia dan melakukan amal2 yg solih kerana mereka telah yakin.
Kita tahu bahawa peluang kedua ini tidak akan diberi sama sekali. Yup tidak akan diberi sama sekali!.
Kerana apa?
Kerana telah banyak kali Allah berikan peringatan kepada kita, baik dalam bentuk kalamnya mahupun bencana2 alam yang bole kita ambil ibrah daripadanya. Tapi kadang2, mata kita hanya melihat perkara² ini sambil lewa.
Oleh sebab itulah, tazkirah dan penyucian jiwa perlu sentiasa berlaku utk memastikan diri kita sentiasa dalam keadaan beringat. Bak kata pepatah melayu "Beringat sebelum terlambat"
Kalau nasi sudah menjadi bubur, tiada apa lagi yang dapat kita lakukan..
Ayuh! kita terus suburkan kehidupan dengan peringatan2. Carilah sahabat yang membantu dalam membentuk suasana yang baik. Lazimi diri untuk sentiasa ditarbiyyah, kerana dalam pentarbiyyah, kita akan sentiasa diberi peringatan samada dalam kadar yang banyak mahupun sedikit.
Kerana kita yakin, kita tidak mahu lagi menjadi orang2 yang meminta kepada Allah utk diberi PELUANG KEDUA!
KitAdalahLogam
No comments:
Post a Comment