Saturday, 30 March 2013

Artikel : Ingin Berubah? Ask Me How!!

Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa


"Aku ni tak perfect lagi, tunggulah aku perfect dulu, baru aku akan sampaikan Islam"
(Abang Ucop)

"Ilmu belum cukup bai, tunggu ilmu dah macam Ustaz Azhar Idrus, baru la boleh sampaikan keindahan Islam"
(Sudin bin Sudan)

Aduh Ikwahku..Jangan!!! Jangan ada mindset sebegini. (Muka sedih bergelinangan air mata)

Kalau lah semua Ikhwah bersikap sebegini maka akan lambat lah Dakwah Islamiah itu tertegak.

Ya!! Kita tidak menafikan perlunya ada akhlak yang baik (Matinul Khuluq) dan juga ilmu pengetahuan (Mutsaqqafal Fikr) untuk menyampaikan sesuatu kepada orang lain. Tetapi itu bukanlah satu alasan, untuk kita berpeluk tubuh, menuggu diri kita perfect. Then barulah kita nak menyampaikan risalah Islam.

Kerana proses perubahan kepada lebih baik itu akan memakan masa, sebelum ia benar-benar matang. Jadi jangan malu dan segan untuk berubah. Kita sentiasa belajar dan kita akan terus belajar. Sekiranya kita tersilap, maka kita betulkan kesilapan itu. Mudah kan?


Tidak ada manusia yang perfect di dunia ini, semua manusia melakukan khilaf (kesilapan). Maka kalau kita masih bermind settingkan tunggu kita sempurna, baru nak menyampaikan Islam. Resultnya, kita masih lagi akan berada di takok yang lama.




Berubah perlukan mujahadah
[Sekadar gambar hiasan]


Pernah suatu ketika dahulu saya menghadiri satu ceramah yang disampaikan oleh Brother Shah Kirit (Ketua Pegawai Dakwah Islamic and Service Foundation IIS). Beliau sering kali memberi teguran kepada kami untuk mula menyampaikan apa yang kita tahu. Dalam ayat yang lebih kurang "You do first, and then you will get back from what you give". Kata-kata itu sangat tepat. Apabila kita memberikan sesuatu kepada orang lain, secara tidak langsung kita juga akan mendapat sesuatu. Tak percaya? Cubalah..

Cer kita g tanya pulop Ustaz Azhar Idrus, adakah dia menjadi mantop sebegitu mantop hanya dalam satu hari? Semestinya jawapan yang akan diberikannya nahi kabi nahi. Untuk menjadi penceramah sehebat beliau, sudah tentulah ianya memakan masa yang lama. Persoalannya berapa lama kah tempoh tersebut? Haaa..itu bergantung kepada kesungguhan dan keazaman kita terhadap perubahan tersebut.

Der...Nak dapat rambut lurus lembut pon, at least pakai syampu Sunsilk 30 hari..hehe

Firman Allah SWT :

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri" (Ar Rad :11)

Semangat tak dengar ayat-ayat cinta dari Allah tadi? Maka ayuh!! Usah tangguh lagi...Perubahan itu dijana oleh kita sendiri.

Why Ask me? Ask yourself !! Tepuk dada tanya selera..

Saya tutup bicara kali ini, dengan kata-kata dari Saidina Ali r.a :

"Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada semalam, terpedayalah mereka yang hari ini sama seperti hari semalam, celakalah mereka yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam"

Jom berubah.

Wallahualam
KitAdalahLogam



Thursday, 21 March 2013

Puisi : Aku dan Tarbiyah Ini


Aku dan Tarbiyah ini


Dulu,
Engkau pernah cuba masuk mengetuk jiwaku,
Engkau lontarkan padaku kemanisan mu,
Engkau titipkan aku dengan hikmah mu,

Tapi...
Di waktu itu,
Jiwa ku menolak,
Jiwa ku memberontak,
Ku anggap engkau hanya mahukan keuntungan sendiri,

Kini,
Aku semakin mengenali dirimu,
Aku jatuh cinta padamu,
Aku tak tahu,
Apa yang telah kau lakukan padaku,

Tapi...
Diri ku kini,
Hanya inginkan mu,
Mengharapkan diriku hanya didampingi olehmu,

Wahai Tarbiyah,
Cinta Hatiku,
Dengarlah kelumat ku ini,
Disuatu hari nanti...,

Aku berharap,
Perasaan yang ku rasa terhadap mu,
Dapat aku kongsikan,
Dapat aku berikan,
Kepada jiwa-jiwa yang juga mendahagai Cinta Rasa terhadap dirimu,
Kerana Tarbiyah, itu manis....


Wallahualam,
KitAdalahLogam





Tuesday, 19 March 2013

Kisah Sahabat : 'Amr bin Jamuh (Part II)


"Pahlawan Syorga Berkaki Pincang"


Sambungan..


Apabila mereka sampai ke buaian, Akhi Malik memulakan bicara...Akhi Jupin dan Akhi Udin khusyuk mendengar celoteh Akhi Malik sambil buaian di ayun perlahan-lahan mengikut rentak pendulum

Begini kisah nya......

'Amr bin Jamuh adalah seorang pemimpin Yatsrib (Madinah) masa jahiliyah. Dia adalah kepala suku yang dihormati dari Bani Salamah. Seorang penduduk Madinah yang sangat pemurah dan memiliki peri kemanusiaan yang tinggi. 

Sudah menjadi adat bagi para bangsawan jahiliyyah menempatkan patung di rumah mereka masing-masing untuk peribadi mereka. Pertama, supaya mereka dapat mengambil berkat dan memuja patung tersebut setiap pagi dan petang.

Kedua, untuk memudahkan mereka meletakkan korban suci di altar pada waktu-waktu tertentu. Ketiga, supaya mereka dapat mengadukan keluhan-keluhan mereka setiap waktu diperlukan.

Patung di rumah 'Amr bin Jamuh bernama "Manat". Patung ini terbuat dari kayu. Buatannya indah dan mahal harganya. Untuk penjagaanya 'Amr bin Jamuh perlu mengeluarkan biaya yang tidak sedikit. Patung itu selalu dibersihkan dan diminyaki dengan wangian khusus dan mahal.

Tatkala cahaya iman mulai merambat di Yatsrib (Madinah) dari rumah ke rumah, usia 'Amr bin Jamuh sudah hampir memamah lewat enam puluh tahun. Tokoh da'wah Islamiah yang pertama-tama aktif di Yatsrib ialah Mus'ab Bin Umair.

Tiga orang putera 'Amr bin Jamuh, iaitu : Mu'awwadz, Mu'adz dan Khallad, serta seorang rakan sebaya mereka iaitu Mu'adz bin Jabal telah masuk Islam di tangan Mus'ab bin Umair. Bersama ketiga-tiga putera 'Amr yang memeluk agama Islam ialah ibu mereka sendiri Hindun binti Amru. 'Amr tidak mengetahui kalau putera dan isterinya telah masuk Islam.

Kerana itu 'Amr berkata kepada isterinya, "Hai Hindun! Hati-hatilah menjaga anak-anak kita, agar mereka jangan sampai bertemu dengan orang itu (Mus'ab bin Umair)!"

Jawab Isterinya, "Adinda patuhi nasihat kakanda. Tetapi pernahkah kakanda mendengar putera kakanda Mu'adz bercerita mengenai orang itu?"

"Celaka! Apakah si Mu'adz telah masuk agama orang itu?" tanya 'Amr gusar. Wanita yang soleh itu kasihan melihat suaminya yang sudah tua.

"Tidak! Bukan begitu! Tetapi si Mu'adz pernah hadir dalam majlis orang itu, dia ingat kata-katanya", jawab isterinya mententeramkan hati 'Amr 

"Panggillah dia kemari!" kata suaminya.

Ketika Mu'adz hadir di hadapan bapanya, 'Amr berkata, "Cuba engkau baca kata-kata yang pernah diucapkan orang itu. Bapak ingin mendengarkannya.

Mu'adz membacakan surah Al-Fatihah kepada bapanya. "Alangkah bagus dan indahnya kalimat itu," kata 'Amr.

"Apakah setiap ucapannya seperti itu?", tanya 'Amr.
"Bahkan lebih bagus dari itu. Bersediakah bapak berba'iat dengannya? Rakyat bapa telah bai'at semuanya dengan dia", kata Mu'adz.

Orang tua itu diam sebentar. Kemudian dia berkata, "Saya tidak akan melakukannya sebelum saya musyawarah lebih dahulu dengan Manat. Saya menunggu apa yang dikatakan Manat."

"Bagaimana Manat bisa menjawab? Bukankah itu bende mati ? Dia tidak bisa berfikir dan tidak bisa berbicara?" kata Mu'adz.

"Saya katakan kepadamu, saya tidak akan mengambil keputusan tanpa dia!" kata 'Amr menegaskannya.

'Amr bin Jamuh menyembah Manat di altar tempat dia biasa memuja. Dipujanya patung itu dengan puji-pujian setingginya, kemudian dia berkata, "Hai Manat!, Saya tidak ragu, engkau tentu tahu mengenai seorang Dai'e yang datang dari Makkah. Dia tidak bermaksud jahat kepada sesiapa pon, melainkan kepada engkau sendiri. Dia datang kemari, melarang kami menyembah engkau. Sekalipun saya terpesona mendengarkan kalimat-kalimatnya yang indah, saya tidak mahu melakukan bai'at dengannya sebelum bermusyawarah dengan engkau. Kerana itu berilah saya petunjukmu."

Gambar sekadar hiasan


Sudah tentu Manat tidak menjawab apa-apa. Dia diam seribu bahasa seperti biasa dan akan terus diam (kerana menjadi Sunnatullah bahawa kayu memang tidak boleh bercakap)

Kata 'Amr, "Mungkin engkau marah kepada saya. Padahal saya tidak pernah menyakitimu selama ini. Tetapi tidak apalah. Engkau akan saya tinggalkan beberapa hari sampai marahmu hilang".

Putera-putera 'Amr tahu benar bila waktunya bapa mereka memuja berhala itu. Mereka juga sedar bahawa iman bapanya mulai goyang terhadap Manat. Kerana itulah mereka berusaha hendak mencabut Manat dari hati bapa mereka.

Pada suatu malam putera-putera 'Amr dan sahabat mereka Mu'adz Bin Jabal pergi ke altar tempat Manat berada. Mereka mengambil Manat, lalu membawa ia ke lubang kotoran Bath Salamah dan mereka lemparkan ke sana. Tidak seorang pun yang mengetahui dan melihat perbuatan mereka.

Setelah hari Subuh 'Amr pergi ke altar hendak memuja. Tetapi alangkah terkejutnya 'Amr apabila dilihatnya Manat tidak ada di tempatnya.

"Celaka kemana Tuhan kita? Siapa yang mengambilnya malam tadi? tanya 'Amr.

Tidak seorang pun menjawab. 'Amr mencari Manat ke mana-mana. Akhirnya patung itu ditemukannya ke lubang kotoran dalam keadaan terbalik, kepalanya kebawah dan kakiknya ke atas. Manat diambilnya, lalu dimandikan dan diminyaki dengan minyak wangi. Sesudah itu diletakkannya kembali ke tempat semula.

"Demi Allah ! Seandainya saya tahu siapa yang menganiaya engkau, nescaya saya hukum dia!" kata 'Amr kepada Manat.

Pada malam kedua dan seterusnya putera-putera 'Amr melakukan perkara yang serupa, sehingga menyebabkan 'Amr hilang kesabaran, lalu 'Amr mengambil sebilah pedang, kemudian digantungkannya di leher patung Manat.

Kata 'Amr, "Hai Manat! Demi Allah! Sesungguhnya saya tidak tahu siapa yang menganiaya engkau. Seandainya engkau Maha Perkasa, cubalah lawan dengan orang yang menganiayamu itu, ini pedang untukmu"

Kemudian apabila orang tua itu masuk tidur, putera-putera 'Amr mengambil Manat  dan mereka ikat menjadi satu bersama dengan bangkai anjing lalu mereka lemparkan ke Comberan Bath Salamah.

Setelah orang tua itu bangun, dilihatnya Manat tiada ditempatnya. 'Amr pergi mencari dan menjumpai Manat di comberan Bath Salamah. Muka Manat menghadap ke tanah bersatu dengan bangkai anjing. Pedangnya tidak ada. Sekarang Manat tidak diambilnya, tetapi dibiarkan tercampak dalam comberan. Kata 'Amr, "Kalau benar engkau Tuhan, nescaya engkau tidak mahu masuk dalam comberan bersama dengan bangkai anjing".

Tidak lama kemudian 'Amr masuk Islam...

'Amr merasakan betapa manisnya iman. Dia menyesali dosa-dosanya selama dalam kemusyrikan. Maka setelah Islam, dia menyerahkan hidupnya, hartanya dan anak-anaknya dalam mentaati Allah dan Rasul-Nya.

Tidak lama kemudian terjadi perang Uhud. 'Amr bin Jamuh melihat ketiga puteranya bersemangat untuk pergi memerangi musuh-musuh Allah. Di dalam hatinya terdetik keinginan untuk mati syahid dan memperoleh redha Allah.

Akan tetapi putera-putera 'Amr melarang bapa mereka turut berperang, kerana beliau sudah tua dan berjalan pincang. Dan Allah telah memberi kelonggaran bagi mereka yang uzur untuk tidak menyertai peperangan.

'Amr marah mendengar kata-kata dari puteranya dan pergi menemui Rasulullah.

"Wahai Rasulullah! Putera-putera saya melarang saya berbuat baik. Mereka keberatan untuk membenarkan saya turut berperang. Demi Allah! Walaupun saya sudah tua dan pincang, saya tidak ingin bersantai santai mendapatkan syurga. Sungguh pun saya pincang, saya pengedara kuda yang tangkas!" kata 'Amr mengadu kepada Rasulullah.

Maka Baginda bersabda "Biarkanlah ayah kalian! Mudah-mudahan Allah memberinya rezeki syurga".

Putera-putera 'Amr membiarkan bapanya turut berperang, kerana patuh kepada perintah Rasulullah. Ketika waktu berangkat sudah tiba, 'Amr bin Jamuh pamit kepada isterinya mengucapkan salam perpisahan. Berpisah untuk tidak bertemu lagi.

 Kemudian dia menghadap ke kiblat sambil menadahkan kedua tanganya ke langit. Dia berdoa, "Wahai Allah! Berilah saya rezeki sebagai syuhada. Janganlah saya dikembalikan kepada keluarga saya dengan kecewa.

Sesudah berdoa dia berangkat diiringi ketiga orang puteranya dan pasukan besar kaumnya, Bani Salamah. Ketika pertempuran telah berkecamuk, tentera muslimin terpencar-pencar, banyak yang meninggalkan Rasulullah.

'Amr bin Jamuh berada di barisan depan pasukan berkuda. Dia terbanting dari kudanya. Dia bangun dan menyerang musuh dengan keadaan terpincang-pincang sambil berteriak, "Saya tertarik ke Syurga, saya tertarik ke Syurga !"

'Amr selalu didampingi puteranya Khallad. Kedua beranak itu melindungi Rasulullah dengan menebaskan pedang mereka kepada musuh-musuh yang mendekati. Namun akhirnya 'Amr beserta anaknya Khallad syahid pada peperangan tersebut. 'Amr dan anaknya dikuburkan dalam satu kuburan yang sama...

Begitulah kisah seorang Sahabat yang syahid berkaki pincang...

Buaian diberhentikan seusai Akhi Malik menutup bicaranya.

"Subhanallah...sampai begitu sekali pengorbanan 'Amr bin Jamuh setelah mendapat cahaya Islam". Ujar Akhi Udin tanda kagum dengan perjuangan Sahabat tersebut.

"Hmmm..kisah ini akan ana jadikan pengajaran, bahawa walaupun kita dalam keadaan uzur, ianya tidak bererti kita tidak mampu melakukan yang terbaik untuk agama ini". Akhi Jupin cuba mencelah.

Akhi Malik tersenyum lebar, melihat kesungguhan kedua-dua sahabatnya..

Mereka bersalaman dan meneruskan agenda mereka masing-masing pada petang itu...


Wallahualam.
KitAdalahLogam




Monday, 18 March 2013

Kisah Sahabat : 'Amr bin Jamuh (Part I)

"Pahlawan Syorga Berkaki Pincang"


Assalamualaikum,

Apa khabar semua ? Diharap antum semua berada di dalam keredhaaan Allah hendaknya...Eh Eh Eh Akhi Malik dan Akhi Udin nak kemana tu? Ooo..nak pegi main bola ke..dah solat ke belom antum berdua ni? Tanya Akhi Jupin sambil tersenyum..

 Haaa..disamping kita bersukan dan beriadah, solat jangan sesekali kita lupakan. Barulah seimbang rohani dan jasmani nya. Tak gitu? Kan solat itu tiang agama..

Seperti di dalam Mafhum hadis :

"Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya"
 (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Akhi Malik dan Akhi Udin membuka kembali ikatan kasut mereka dan terus menuju ke tingkat atas untuk melakukan solat secara berjemaah.

Seusai solat,

Hmmm...terasa jeles dan cemburu pulak melihat antum berdua dapat bersukan dan beriadah. Ujar akhi Jupin dengan nada yang muram.

 Aik Akhi Jupin anta tak nak join main sekali ke? Tanya Akhi Udin

Bukan ana tak nak join akhi..tapi kaki ana ni cedera sikit, injured kat lutut sebab main bola di Kejohanan Bola Kampung minggu lepas...

Oooo..camtu ceritanya..patut la anta nampak muram je kebelakangan ini..tak dapat main bola ye? Ujar Akhi Malik bersahaja..Hehehe...Syafakallah Akhi Jupin, semoga Allah permudahkan urusan anta.. 

Haaa..bila bercakap tentang kaki ni, ana teringat kisah seorang sahabat. Sahabat ni adalah salah seorang daripada syuhada ketika Perang Uhud. Beliau memang sangat dikenali dek kerana kisah beliau yang mempunyai sebuah Patung yang bernama Manat, tambahan beliau juga seorang yang berkaki tempang..

Wahh..menarik cerita anta ni Akhi Malik...cer sambung cer sambung kami nak dengar...

Haaa..jom-jom kita duduk disana dulu..

Mereka bertiga pon bergegas menuju ke buaian di sebelah taman sambil terloncat-loncat ingin mengetahui kisah seterusnya..

Bersambung.....







Hadis : Manusia dan Logam


Assalamualaikum,

Apa khabar ikhwah dan akhawat seluruh pelosok dunia? Uhuk3 asif kitorang kat bumi bertuah German banyak yang sedang batuk-batuk (doakan kami didalam kesihatan) al-maklumlah disini sedang mengalami cuaca agak pelik dan sungguh pelik. Biasanya kalau time-time bulan March ni, dah start musim bunga. Tapi kuasa Allah mentadirkan snowy mowy masih lagi menyelubungi bumi bertuah ini. Tapi tak pe la..yang penting...kita enjoyyy..eh eh eh..tak yah nak enjoy sangat la kan..

Haaa...disebabkan tengah snow ni and korang semua pon tak boleh nak keluar petang berjongging. So rasanya lebih baik kita mengisi masa lapang ni dengan perkara yang bermanfaat. 

Seperti mafhum hadis:
Daripada Abdullah ibn Abbas r.a. Nabi s.a.w. bersabda: " Dua nikmat yang sering ramai manusia lupa : Nikmat kesihatan dan masa lapang."
(HR Bukhari)

So memang sangat-sangat bestttt la kalo kita dapat memanfaatkan masa yang ada ni, untuk sama2 memgambil sedikit pengajaran dari satu hadis yang cukup mantop and bak kata orang putih valuable lah !!!

Rasanya mesti kebanyakkan dari kita, pernah mendengar tentang HADIS LOGAM. Ape dia? Sebut betul-betul ye...yeee Hadis Logam.

Eh Eh makcik, tak pernah dengar? Seriously langsung tak pernah dengar? Isyk2 rugi la makcik kalau tak pernah dengar hadis ni. Bak kata Sudin dalam filem 3 Abdul nya "Hidupnya tak cukup syarat..."

Takpe makcik, sebab tu la petang ni, kitorang nak mengupas hadis logam ni. Mudah-mudahan kita mendapat sedikit manfaat daripadanya. Fuhhh..nak kupas hadis ni, lagi best kalau bertemankan minuman Heiße Schokolade (Hot Chocolate) dengan Biskut Orea. Kalo tak ade, Chipsmore pon boleh..

Ok, berbalik kepada hadis logam tadi yang berbunyi :

عن أبي هريرة رضي الله عنه: قَالَ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم:
((
الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا )). صحيح البخاري





Image


Hmmm..bace sekali memang tak akan dapat la point-point penting yang nabi nak sampaikan. Ah cer try bace sekali lagi, mane tau boleh nampak point-pointnya.
Tahniah kepada yang berjaya menghadam point-point hadis ni, sehingga ianya menyelinap masuk ke dalam perut bahkan terus ke usus-ususnya sekali (clap2 untuk diri sendiri) Keh3.

Tapi....kepada yang masih garu-garu kepala, mengerut-ngerutkan dahi sebab tak faham point-point hadis ni..Macht keine Sorge, wir schaffen es zusammen!! (Don't Worry, we'll make it together!!!) Cewahhh boleh tahan bahasa German den. Kita kan bersaudara, so yang tak faham perlu lah sama2 kita bantu kan.
Okay daripada hadis diatas, kita memahami bahawa nabi menyamakan manusia dengan logam. Agak-agak korang lah, kenapa nabi membuat perumpamaan sebegitu?

  • Kerana logam adalah suatu bende yang mudah dilentur. Begitu juga dengan manusia. Walau sedegil atau sekeras mane pon hati nya. Dengan sentuhan and kata-kata yang POWER!!! ianya mampu untuk melenturkan hati-hati manusia ini. Maka sedarlah para ikhwah dan akhawat. Usaha untuk melenturkan manusia ini harus terus dilaksanakan. Keep it up!!! jangan berputus asa. Insyaallah sampai waktunya Allah akan bantu kita melembutkan hati-hati mereka ini.

  •  Logam juga mempunyai precious value nya yang tersendiri seperti emas. Emas akan tetap berharga walaupun ianya masih berlumut dan kotor (sewaktu ianya dikeluarkan dari lombong). Begitu juga lah dengan manusia. Sekiranya ketika dia jahil dia mempunyai kualiti yang tip top seperti petah berkata-kata. Maka ketika dia sudah sebati dengan islam, nilai kepetahan berkata-kata itu tetap sama, bahkan mungkin dengan nilai yang ada, dia mampu menarik orang untuk lebih dekat dengan islam.

  • Sebagai contoh yang lain kisah Khalid AL-Walid yang menjadi logam jahiliyah (menjadi panglima dan musuh ketat Islam sewaktu Perang Uhud) akan tetapi apabila mendapat kebenaran beliau menjadi logam yang sangat berharga untuk islam (menjadi orang yang berjuang ke jalan Allah)

  • Begitu jugalah dengan kisah Saidina Umar Al-Khattab. Agak-agak apa yang kita boleh kaitkan tentang kisah Umar dengan hadis tadi? So persoalan ni saya akan tinggalkan kepada korang, untuk sama-sama kita fikirkan..renung2kan dan selamat berfikir..tschusss...


    Wasalam,
    KitAdalahLogam