Assalamualaikum,
Apa khabar ikhwah dan akhawat seluruh pelosok dunia? Uhuk3 asif kitorang kat bumi bertuah German banyak yang sedang batuk-batuk (doakan kami didalam kesihatan) al-maklumlah disini sedang mengalami cuaca agak pelik dan sungguh pelik. Biasanya kalau time-time bulan March ni, dah start musim bunga. Tapi kuasa Allah mentadirkan snowy mowy masih lagi menyelubungi bumi bertuah ini. Tapi tak pe la..yang penting...kita enjoyyy..eh eh eh..tak yah nak enjoy sangat la kan..
Haaa...disebabkan tengah snow ni and korang semua pon tak boleh nak keluar petang berjongging. So rasanya lebih baik kita mengisi masa lapang ni dengan perkara yang bermanfaat.
Seperti mafhum hadis:
Daripada Abdullah ibn Abbas r.a. Nabi s.a.w. bersabda: " Dua nikmat yang sering ramai manusia lupa : Nikmat kesihatan dan masa lapang."
(HR Bukhari)
So memang sangat-sangat bestttt la kalo kita dapat memanfaatkan masa yang ada ni, untuk sama2 memgambil sedikit pengajaran dari satu hadis yang cukup mantop and bak kata orang putih valuable lah !!!
Rasanya mesti kebanyakkan dari kita, pernah mendengar tentang HADIS LOGAM. Ape dia? Sebut betul-betul ye...yeee Hadis Logam.
Eh Eh makcik, tak pernah dengar? Seriously langsung tak pernah dengar? Isyk2 rugi la makcik kalau tak pernah dengar hadis ni. Bak kata Sudin dalam filem 3 Abdul nya "Hidupnya tak cukup syarat..."
Takpe makcik, sebab tu la petang ni, kitorang nak mengupas hadis logam ni. Mudah-mudahan kita mendapat sedikit manfaat daripadanya. Fuhhh..nak kupas hadis ni, lagi best kalau bertemankan minuman Heiße Schokolade (Hot Chocolate) dengan Biskut Orea. Kalo tak ade, Chipsmore pon boleh..
Ok, berbalik kepada hadis logam tadi yang berbunyi :
عن أبي
هريرة رضي الله عنه: قَالَ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه
وسلم:
(( الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا )). صحيح البخاري
(( الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا )). صحيح البخاري
Hmmm..bace sekali memang tak akan dapat la point-point penting yang nabi nak sampaikan. Ah cer try bace sekali lagi, mane tau boleh nampak point-pointnya.
Tahniah kepada yang berjaya menghadam point-point hadis ni, sehingga ianya menyelinap masuk ke dalam perut bahkan terus ke usus-ususnya sekali (clap2 untuk diri sendiri) Keh3.
Tapi....kepada yang masih garu-garu kepala, mengerut-ngerutkan dahi sebab tak faham point-point hadis ni..Macht keine Sorge, wir schaffen es zusammen!! (Don't Worry, we'll make it together!!!) Cewahhh boleh tahan bahasa German den. Kita kan bersaudara, so yang tak faham perlu lah sama2 kita bantu kan.
Okay daripada hadis diatas, kita memahami bahawa nabi menyamakan manusia dengan logam. Agak-agak korang lah, kenapa nabi membuat perumpamaan sebegitu?
- Kerana logam adalah suatu bende yang mudah dilentur. Begitu juga dengan manusia. Walau sedegil atau sekeras mane pon hati nya. Dengan sentuhan and kata-kata yang POWER!!! ianya mampu untuk melenturkan hati-hati manusia ini. Maka sedarlah para ikhwah dan akhawat. Usaha untuk melenturkan manusia ini harus terus dilaksanakan. Keep it up!!! jangan berputus asa. Insyaallah sampai waktunya Allah akan bantu kita melembutkan hati-hati mereka ini.
- Logam juga mempunyai precious value nya yang tersendiri seperti emas. Emas akan tetap berharga walaupun ianya masih berlumut dan kotor (sewaktu ianya dikeluarkan dari lombong). Begitu juga lah dengan manusia. Sekiranya ketika dia jahil dia mempunyai kualiti yang tip top seperti petah berkata-kata. Maka ketika dia sudah sebati dengan islam, nilai kepetahan berkata-kata itu tetap sama, bahkan mungkin dengan nilai yang ada, dia mampu menarik orang untuk lebih dekat dengan islam.
- Sebagai contoh yang lain kisah Khalid AL-Walid yang menjadi logam jahiliyah (menjadi panglima dan musuh ketat Islam sewaktu Perang Uhud) akan tetapi apabila mendapat kebenaran beliau menjadi logam yang sangat berharga untuk islam (menjadi orang yang berjuang ke jalan Allah)
- Begitu jugalah dengan kisah Saidina Umar Al-Khattab. Agak-agak apa yang kita boleh kaitkan tentang kisah Umar dengan hadis tadi? So persoalan ni saya akan tinggalkan kepada korang, untuk sama-sama kita fikirkan..renung2kan dan selamat berfikir..tschusss...
Wasalam,
KitAdalahLogam

No comments:
Post a Comment