Wednesday, 3 April 2013

Artikel : Dakwah? Itu sangat Allergic!!!

Dakwah?? Ohh itu sangat Allergic !!


Adakah anda biasa mendengar perkataan "dakwah" ? Pernah tak anda mengajak org lain bersama-sama membuat kerja-kerja Islah/Dakwah?

Kalau anda biasa berkecimpung di dalam circle ini. Sudah pasti anda akan menjumpai orang - orang yang sangat fobia dengan perkataan-perkataan sebegini (Dakwah, Islam, Usrah, Daie n sbg).

Boleh dikatakan apabila disebut sahaja perkataan-perkataan itu, mereka akan rasa gatal-gatal dan ruam satu badan. Bila diajak pergi majlis ilmu, berat terus kakinya. Oh!! Itulah symptomnya..

"Pergh ..jangan sebut pasal dakwah bro..seriau tahap gaban beb.. "

Ini adalah satu mindset yang telah ditanam didalam pemikiran masyarakat kita khusunya. Perkataan ini, sangat allergic kepada masyarakat dan mereka sangat-sangat takut, bila di lontarkan perkataan-perkataan ini.

Maka sebagai orang yang memahami konsep dakwah, seharusnya kita membantu masyarakat, memperbetul dan memahami kembali erti dakwah yang sebenar.

Didalam firman Allah SWT yang bermaksud :

"Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik..."
(An Nahl : 125)

Didalam melentur kembali masyarakat untuk menerima dan memahami Islam secara menyeluruh, pendekatan yang betul dan sentuhan jiwa yang menusuk sangat penting. Ini kerana, kalau kita mempunyai ilmu yang banyak sekali pun, akan tetapi kita bersifat "keras" dan "kasar" terhadap masyarakat, maka kebiasaannya hasil yang kita dapat sangat mendukacitakan.


Pengalaman peribadi


Saya adalah salah seorang yang pernah allergic dengan perkataan "dakwah" sebelum saya join tarbiyah lebih kurang 2 tahun yang lalu. Kadang-kadang saya rasa sangat-sangat menyampah apabila orang menyebut tentang dakwah.

Puncanya bukan sahaja saya merasakan diri saya tidak layak, bahkan ada beberapa faktor lain yang menyebabkan allergic ini berlaku.

Antaranya ialah disebabkan orang-orang surau/jemaah yang suka sangat menghukum (saya tidak mengatakan semua, hanya sebahagian), bajet bagus dan tak pernah nak approach orang-orang yang hampeh seperti saya. Kemudian ceramah-ceramah dekat surau juga membosankan dan topik-topik yang dikupas tiap2 tahun sama sahaja.

Ada juga golongan agama, ustaz2 yang memandang rendah potensi golongan (hampeh) seperti saya. Ada yang mengatakan, "Ilmu tak tinggi mana, tapi ada hati nak berdakwah". Ini secara tidak langsung, menidurkan himmah (semangat) saya untuk mengetahui lebih banyak tentang dakwah.

Kalau Muallaf yg baru masuk Islam..lagi la teruk kene kecam. "Baru masuk Islam, sunat pun belum, dah berani nak betulkan fiqah aku" (Lebih kurang gitu lah bunyinya)


Keadaan yang sedang berubah


Tapi...itu dulu punya cerita. Sekarang saya sudah tidak allergic dengan term dakwah, tapi saya selalu imagine, bagaimana reaction dari orang-orang yang macam diri saya yang dulu. Tidak mudah bagi mereka untuk menerima term-term sebegini.

Oleh yang demikian, approaching yang biasa saya gunakan ialah membuang dahulu symptom yang menyebabkan mereka fobia dengan dakwah. Gunakan lah perkataan-perkataan yang kurang extrem seperti SHARING untuk menggantikan DAKWAH. Kalau USRAH itu agak extrem, mungkin boleh digantikan dengan BULATAN GEMBIRA atau laen2 word yang mereka selesa.

Janganlah terus mengajak mereka berdakwah, tetapi ajak lah mereka memperbetulkan niat dan membaiki iman. Cerita kan kepada mereka kisah-kisah sahabat dan sirah nabi yang boleh diambil pengajaran. Bangkitkan semangat mereka dengan soalan-soalan seperti apakah kesan apabila Islam tidak diamalkan. Tadabbur Al Quran supaya mereka berasa dekat dengan sang Penciptanya dan lain-lain lagi.

Mudahkan? Tujuan sama, tapi cara approach berbeza. Mungkin ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam  memperbetul kembali minda masyarakat yang allergic dgn term-term sebegini sehinggalah mereka benar-benar faham dan selesa dengannya.

Kesimpulan

Pengalaman-pengalaman negatif yang pernah saya lalui dahulu sangat-sangat membantu saya pada harini. Banyak pengajaran yang dapat saya ambil melaluinya. Saya juga belajar bahawa, seseorang tidak akan mengikuti atau mendengar hujah kita, sehinggalah dia betul-betul selesa dengan cara dan kaedah kita.

Usaha dakwah ini sangat panjang dan memeritkan..Tapi ingatlah..hasilnya manis dan indah.


Wallahualam
KitAdalahLogam




No comments:

Post a Comment