Marilah menuju satu kalimah yang sama
Refreshment
"Katakanlah, "Wahai Ahli Kitab! Marilah menuju kepada satu kalimah (pegangan) yang sama antara kami dan kamu, bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan kita tidak akan mempersekutukannya dengan sesuatu pun..." (Al-Imran : 64)
Dosa Warisan (Original Sin)
Kami meneruskan perbicaraan mengenai Dosa Warisan. Benjamin yang lebih banyak berbicara berbanding Rubern, membacakan artikel di dalam risalah tersebut. Secara kesimpulannya, beliau ingin menerangkan bahawa Adam diberikan keistimewaan untuk hidup kekal abadi di dalam Syurga. Tetapi Tuhan telah melarang Adam untuk memakan satu buah larangan di Syurga.
Tuhan berkata, sekiranya Adam ingkar arahan, maka Tuhan akan menghukum Adam dan hukuman tersebut adalah kematian. Disebabkan Adam telah ingkar kpd arahan Tuhan, maka Adam pun dihukum. Rujuk (Roman 5:12 ; 6:23)
Dan disebakan itulah Adam telah mewariskan dosa tersebut kepada keturunanya iaitu semua manusia. Untuk menebus dosa ini, maka memerlukan seorang yang tidak pernah berdosa..dan mereka mengatakan bahawa Jesus adalah manusia yang tidak berdosa. Oleh sebab itu, Jesus telah dipilih untuk menebus dosa yang dilakukan oleh Adam.
Penyaliban (Crucifixion)
Pada peringkat ini saya mula bertanya mereka beberapa soalan..Saya mulakan dengan persoalan..
"Bagaimana pendapat kamu tentang orang yang hidup sebelum kedatangan Jesus? Mereka tidak mengetahui tentang dosa warisan ini. Adakah mereka mati dalam keadaan berdosa, kerana tidak sempat diampunkan oleh Jesus?"
Mereka menjawab ya..mereka mati dalam keadaan berdosa..maka saya nyatakan lagi..
"Jadi adakah tuhan tidak adil pada mereka? Kerana mereka tidak sempat bertemu Jesus?"
Mereka berpandangan antara satu sama lain. Rubern yang mendengar persoalan itu, tercengang dan tidak mampu membalas persoalan yang saya ajukan.
Kemudian, Benjamin mula menukar jawapan yang dia berikan tadi. Beliau mengatakan...
"Ya, walaupon mereka berdosa, tetapi mereka mempunyai kesempatan berjumpa dengan Jesus setelah dihidupkan kembali (Resurrection). Pada waktu itu, mereka boleh meminta keampunan dari Jesus"
Saya mengatakan..tetapi Resurrection berlaku setelah semua manusia mati dan dihidupkan kembali. Dimana ianya adalah hari kiamat / hari pengadilan. Maka di hari pengadilan bukan lagi masa untuk meminta keampunan tentang apa yang telah kita lakukan di dunia ini. Tetapi adalah hari, dimana kita ditentukan samada kita masuk ke Syurga atau Neraka disebabkan amalan kita di dunia.
Mereka seolah-olah bersetuju...
Kemudian saya meminta mereka untuk membuka Bible (Ezekiel 18:20). Didalam ayat tersebut ada menyatakan bahawa..
"The soul who sins is the one who will die. The son will not share the guilt of the father, nor will the father share the guilt of the son. The righteousness of the righteous man will be credited to him, and the wickedness of the wicked will be charged against him"
Didalam ayat ini menyatakan secara tuntas bahawa, sekiranya seorang anak melakukan kesalahan maka bapanya tidak akan dipertanggungjawabkan mengenai dosa yang anak itu lakukan dan sebaliknya.
Saya mengukuhkan hujah dengan meminta mereka membuka (Deutronomy 24:16), (Mark 2:7) dan (John 9:3-5) semua ayat-ayat ini menafikan berkenaan dengan wujudnya dosa warisan.
Saya menambah didalam Islam juga menyatakan perkara tersebut, bahawa kita tidak akan dipertanggungjawabkan diatas dosa orang lain. Rujuk (Al An'am 6:164)
Saya menceritakan kepada mereka, di dalam Al-Quran, Allah menceritakan tentang kisah yang hampir serupa berkenaan dengan peristiwa Adam memakan buah larangan. Tetapi apabila Adam sedar akan kesalahan yang dia lakukan, maka dia meminta ampun kepada Allah dan Tuhan terus mengampunkannya. Tanpa ada dosa yang perlu diwarisi. Kerana Tuhan besifat Maha Pengampun. Begitu mudah sekali kan?.
Maka, saya mengatakan bahawa kenapa Jesus perlu untuk mewarisi dosa yang Adam lakukan? Sedangkan itu sangat bertentangan dengan ayat yang dinyatakan dalam bible tadi.
Kemudian saya menambah penyataan bahawa..
"Ok, sekiranya saya bersetuju dengan point anda bahawa kita mewarisi dosa yang telah Adam lakukan. Adakah Adam pernah meminta izin daripada saya, sebelum dia memakan buah larangan? Dia tidak pernah meminta izin saya sebelum dia memakan buah itu. Maka kenapa pula saya perlu menangung dosa yang dia lakukan?"
Penyataan itu membuatkan mereka tersenyum dan ketawa..tetapi mereka mengatakan soalan itu sangat menguji kefahaman mereka..(saya hanya membiarkan mereka untuk berfikir sendiri)
Nantikan part terakhir perkongsian antara kami hanya di KitAdalahLogam
Bersambung....
Wallahualam,
KitAdalahLogam

No comments:
Post a Comment