Saturday, 6 April 2013

Sharing : Experience with Jehovah Witnesses (Part I)

Dialog bersama Jehovah's Witnesses


Sebelum anda meneruskan bacaan..saya nasihatkan supaya anda tidak meneruskannya...

Laaa..masih lagi nk membaca artikel ini..??

Seriously nak teruskan bacaan?..ok fine! Silalah teruskan bacaan ini.. Saya tak akan bertanggungjawab kalau terjadi apa-apa ye..hehe

masih nak teruskan?

Huhu..degil sungguh anda-anda ni. Tak pela, dah terlanjur baca entry ni, teruskan la ye..semoga anda semua mujadah membaca perkongsian saya...

Insyaallah pada kali ini saya akan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman berdialog bersama dengan rakan dari kepercayaan Christian (Jehovah's Witnesses)

Pada satu petang, pintu rumah saya diketuk oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali bernama Benjamin dan Rubern. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai Pendakyah Christian dari golongan Jehovah's Witnesses

Benjamin adalah seorang lelaki berbangsa German dan Rubern pula adalah lelaki berbangsa Congo. Mereka berdua menyapa saya dan seorang lagi rakan di hadapan rumah. Mereka memulakan bicara, dengan menceritakan sedikit sebanyak tentang penderitaan di dunia pada masa kini akibat peperangan.

Saya tidak berapa memahami apa yang mereka cuba sampaikan pada peringkat awal (sebab bahasa German mereka agak pasar). Kerana merasakan ini satu peluang untuk dakwah serta ingin mendapatkan maklumat lebih tepat berkenaan dengan Jehovah's Witnesses, maka saya menjemput mereka berdua untuk masuk kedalam rumah dan menceritakan kepada saya berkenaan dengan kepercayaan mereka.

Keimanan Jehovah's Witnesses


Diawal permulaan dialog diantara saya, Benjamin dan Rubern, saya telah bertanyakan tentang kepercayaan Jehovah's Witnesses dan apa beza diantara mereka dengan golongan yang lain seperti katolik dan protestan.

Mereka menjawab, bahawa Jehovah's Witnesses (JW) sedikit berbeza dibandingkan dengan penganut Kristian yang lain. JW tidak mempercayai Jesus (Isa) sebagai anak tuhan. Akan tetapi mereka hanya mempercayai Jesus sebagai seorang nabi (prophet).

Tambahan lagi mereka sangat-sangat mengimani kitab bible yang mereka ada. Segala hujah dan pendapat perlu lah selari dengan hujah bible. Mereka menyatakan tidak ada sebenarnya didalam bible mengenai Jesus adalah Son of God melainkan dia hanyalah utusan Tuhan. Pendek kata mereka tidak mempercayai kewujudan Trinity (God of Father, God of Son and God of the Holy Ghost)

Kalau hendak diambil dari aspek yang positif, mereka sebenarnya sudah selangkah kepada Islam, kerana mereka mempercayai "Tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah.." (kewujudan tuhan hanya satu) cumanya mereka lack dalam satu lagi penyaksian iaitulah "Muhammad itu pesuruh Allah".





Kehidupan awal Jesus (Asal Usul Jesus)


Setelah mereka menceritakan berkenaan dengan keimanan JW. Mereka menyambung perbicaraan mengenai asal usul Jesus. Mereka menyatakan bahawa Jesus adalah ciptaan pertama tuhan dan membantu tuhan menciptakan segala sesuatu. Rujuk (John 1:14). Saya mula mencelah pada peringkat ini. Saya bertanyakan.

"Bukankah Adam dan Hawa adalah manusia pertama yang diciptakan tuhan?"

Mereka menjawab ya! Adam dan Hawa adalah manusia pertama yang diciptakan. Jadi saya katakan,

"Maka Jesus bukanlah manusia pertama yang diciptakan oleh Tuhan? seperti yang anda katakan"

.Mereka terdiam seketika. Kemudian Rubern memberi hujah dengan mengatakan...

"Sebelum Adam dan Hawa diciptakan, Jesus sudah pon diciptakan dahulu iaitu dalam bentuk roh"

Saya menyatakan bahawa,

"Bukan sahaja Jesus yang berada dalam bentuk roh sebelum ia dilahirkan...Bahkan saya, anda (Benjamin) dan juga anda (Rubern)..juga berada dalam bentuk roh sebelum roh ditiupkan kedalam Jasad kita" saya nyatakan rujukan surah Saad (38:71-72)

Rubern menambah hujah, tetapi Jesus adalah makhluk yang istimewa kerana "He was created in the image of God" rujuk (Collosian 1: 15).

Saya bertambah pelik dengan penyataan mereka.

Jadi saya ajukan soalan berikut..

"Sekiranya Jesus diciptakan melalui imej tuhan, maka adakah dia tuhan? Sebab imej mestilah sama dengan objek asal? Kalau objek asal tuhan, maka imej mestilah tuhan juga? tetapi dalam kes ini, saudara menyatakan bahawa Jesus bukanlah Tuhan. So imej dan objek disini berbeza bukan?"

Rubern kelihatan sedikit tertrigger dan gelisah mengenai pertanyaan tersebut..Saya menambah..

"Didalam Al-Quran ada disebutkan bahawa kita tidak boleh melihat tuhan dan tuhan tidak boleh disamakan dengan apa-apa imej sekalipun (Al-Ikhlas :1-4) begitu juga didalam bible"

Mereka menjawab ya! Maka saya tanyakan lagi.

"Jadi kalau saudara menyatakan Jesus adalah imej tuhan, maka adakah tuhan mempunyai tubuh/form yang sama seperti manusia?"

Benjamin cuba mempertahan hujah dengan menyatakan...

"Actually, imej tuhan yang dimaksudkan adalah ciri-ciri dan sifat2 yang ada pada Jesus. Maksudnya Jesus ada sifat baik yang lebih kurang macam Tuhan" 

Saya bertambah musykil..lalu saya tanyakan..

"Tetapi..bukankah saudara katakan bahawa Jesus adalah Manusia dan bukannya Tuhan. Maka sebagai manusia Jesus perlu mempunyai sifat-sifat manusia. Mana mungkin seseorang mempunyai sifat tuhan dan manusia dalam satu masa? Tuhan bersifat kuasa /Maha Agung manakala manusia bersifat lemah..mana mungkin dua2 sifat ini bercantum sekali.."

Rubern berkata...


"Wow!! this is very interessting..I've never think about it before" 

Hanya ucapan Alhamdulillah yang dapat saya ucapkan di dalam hati. Semoga ini sedikit sebanyak membuatkan Rubern terfikir mengenainya...


Saya menyambung sedikit perbicaraan dengan mengulas berkenaan dengan penyataan...


"Bagaimana Jesus boleh membantu tuhan menciptakan segala sesuatu?, sedangkan Jesus bukan tuhan seperti yang anda nyatakan dalam keimanan anda sebelum ini?"

Mereka menjawab Jesus memang bukan tuhan, tapi Jesus membantu tuhan untuk menciptakan kerana dia adalah anak tuhan..(saya tersenyum tidak mahu memanjangkan hujah)...


Bersambung...



Wallahualam
KitAdalahLogam











No comments:

Post a Comment