Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa
(Abang Ucop)
"Ilmu belum cukup bai, tunggu ilmu dah macam Ustaz Azhar Idrus, baru la boleh sampaikan keindahan Islam"
(Sudin bin Sudan)
Aduh Ikwahku..Jangan!!! Jangan ada mindset sebegini. (Muka sedih bergelinangan air mata)
Kalau lah semua Ikhwah bersikap sebegini maka akan lambat lah Dakwah Islamiah itu tertegak.
Ya!! Kita tidak menafikan perlunya ada akhlak yang baik (Matinul Khuluq) dan juga ilmu pengetahuan (Mutsaqqafal Fikr) untuk menyampaikan sesuatu kepada orang lain. Tetapi itu bukanlah satu alasan, untuk kita berpeluk tubuh, menuggu diri kita perfect. Then barulah kita nak menyampaikan risalah Islam.
Kerana proses perubahan kepada lebih baik itu akan memakan masa, sebelum ia benar-benar matang. Jadi jangan malu dan segan untuk berubah. Kita sentiasa belajar dan kita akan terus belajar. Sekiranya kita tersilap, maka kita betulkan kesilapan itu. Mudah kan?
Tidak ada manusia yang perfect di dunia ini, semua manusia melakukan khilaf (kesilapan). Maka kalau kita masih bermind settingkan tunggu kita sempurna, baru nak menyampaikan Islam. Resultnya, kita masih lagi akan berada di takok yang lama.
![]() |
| Berubah perlukan mujahadah [Sekadar gambar hiasan] |
Pernah suatu ketika dahulu saya menghadiri satu ceramah yang disampaikan oleh Brother Shah Kirit (Ketua Pegawai Dakwah Islamic and Service Foundation IIS). Beliau sering kali memberi teguran kepada kami untuk mula menyampaikan apa yang kita tahu. Dalam ayat yang lebih kurang "You do first, and then you will get back from what you give". Kata-kata itu sangat tepat. Apabila kita memberikan sesuatu kepada orang lain, secara tidak langsung kita juga akan mendapat sesuatu. Tak percaya? Cubalah..
Cer kita g tanya pulop Ustaz Azhar Idrus, adakah dia menjadi mantop sebegitu mantop hanya dalam satu hari? Semestinya jawapan yang akan diberikannya nahi kabi nahi. Untuk menjadi penceramah sehebat beliau, sudah tentulah ianya memakan masa yang lama. Persoalannya berapa lama kah tempoh tersebut? Haaa..itu bergantung kepada kesungguhan dan keazaman kita terhadap perubahan tersebut.
Der...Nak dapat rambut lurus lembut pon, at least pakai syampu Sunsilk 30 hari..hehe
Firman Allah SWT :
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri" (Ar Rad :11)
Semangat tak dengar ayat-ayat cinta dari Allah tadi? Maka ayuh!! Usah tangguh lagi...Perubahan itu dijana oleh kita sendiri.
Why Ask me? Ask yourself !! Tepuk dada tanya selera..
Saya tutup bicara kali ini, dengan kata-kata dari Saidina Ali r.a :
"Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada semalam, terpedayalah mereka yang hari ini sama seperti hari semalam, celakalah mereka yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam"
Jom berubah.
Wallahualam
KitAdalahLogam

Bonus Stargames.com Casino Reviews and Ratings dafabet dafabet 메리트 카지노 쿠폰 메리트 카지노 쿠폰 코인카지노 코인카지노 436skycity casino app - Topbet
ReplyDelete