Monday, 7 October 2013

Rantaian Kasih Ukhwah

"Everytime you feel like you cannot go on,
You feel so lost,that your so alone
All you see is night, and darkness all around,
You feel so helpless, 
You can't see which way to go,
Don't despair and never loose hope,
Cause Allah is always by your side,
Insyallah 3x"

Kedengaran alunan nasyid mendayu-dayu nyanyian Maher Zain yg disetkan sbg alarm clock pada phone Sam Song S4 si Amar.

Amar bingkas bangun dari lamunan tidurnya, apabila alarm clock itu berbunyi menandakan jam 5.30 pagi. Di ambil tualanya lalu bergegas ke bilik mandi..

Setelah hampir 10 minit, dia keluar semula dari bilik mandinya dan mengenakan pakaian baju melayu dan terus menuju ke masjid turki berdekatan rumahnya utk menunaikan solat subuh berjemaah.

Suasana di Germany diwaktu pagi memang lengang. Yang ada hanya pakcik2 yang sedang membersihkan laluan pejalan kaki dan beberapa buah bus yang sedang memulakan operasi rutinnya.

Seperti kebiasaan, seusai solat subuh, Amar akan bersalaman dengan jemaah masjid, sambil mengambil kesempatan utk berbual bersama mereka di dalam bahasa German. (Nak improve Deutsch la katakan)

Setelah bersalaman, Amar duduk di penjuru kanan bahagian belakang masjid dan mengambil beberapa minit utk membaca beberapa helaian Surat Cinta dari Allah -Al Quran-

Beliau mula menyelak2 Al-Qurannya lalu membaca surah yg ke-59. Surah Al-Hasyr.

Setelah habis membaca surah tersebut, maka Amar membaca pula maksudnya sambil mentadabbur beberapa ayat dari surah tersebut. Sampai ke ayat 10 surah Al-Hasyr. Amar menarik nafas panjang2 sambil beberapa titisan air mata mengalir dari kelopak matanya.

"Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: " Ya Rabb, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang" (Al-Hasyr:10)

Masih ter-ngiang2 di telinga Amar akan ucapan Murobbinya semasa didalam pertemuan bulatan Gembira minggu lalu,

"Ana nak mengajak ikhwah utk kita sama2 menguatkan lagi ukhwah sesama kita. Kita kene sama2 saling bantu-membantu sesama kita. Mungkin sekarang kita masih boleh bergembira dan gelak ketawa. Tapi kalo kita tak letakkan ukhwah kita ni semata2 kerana Allah. Ada masanya nanti, bila ukhwah kita diuji. Mungkin kita sendiri bole bergaduh antara satu sama lain."

Ketika dalam bulatan gembira, Amar tidak begitu merasakan kata-kata yang diungkapkan oleh Murobbinya. Akan tetapi setelah beliau mentadabbur ayat diatas, beliau merasakan bahawa ukhwah kaum mukminin bukan bole dipandang ringan.

Lihat bagaimana kaum Ansar dan Muhajirin berukhwah. Puncak kekuatan mereka bukanlah terletak hanya pada kata-kata "Uhibbuka Fillah" (Aku mencintai kamu kerana Allah). Akan tetapi dengan amal dan pengorbanan. Sehingga mereka sanggup mengenepikan kepentingan diri dan harta mereka.

Bahkan mereka berdoa kepada Allah.
Ya Allah, ampunkanlah kawan2 kami yg dah beriman dulu dari kami. Dan janganlah Kau adakan perasaan dengki antara kami dgn mereka..

Masyaallah..Sampai macam tu sekali mereka berdoa , semata2 utk menjaga ukhwah sesama mereka. Mereka tau bila mana ukhwah itu hancur. Maka segala urusan dakwah akan terus terbantut.

Mudah-mudahan Allah meredhoi ukhwah yang kita bina.

Amar menutup helaian cinta dari Allah- Al Quran - itu. Dan pulang ke rumah semula. Beliau tersenyum seorang, sambil mengingati sahabat2 sebulatan gembira dengannya.

Didalam hatinya berbisik. "Ikhwah, Ana Uhibbukum Fillah"...:-)

Sekian,
KitAdalahLogam




Friday, 6 September 2013

Dalam kesulitan pasti ada kemudahan!

Situasi time study :
"Ana penat la akhi. Kelas sampai ke petang. Malam kene usrah plak, tah tahan la camni"

Situasi time kije :
"Dulu masa study, ana boleh la all out. Tapi dah kije ni susah sikit la. Anta bawak la usrah ana tu".

Situasi sudah ber-Baitul Muslim:
"Sekarang anak ana dh masuk 4. Ana kene tumpukan perhatian kepada anak2 ana ni. Dulu time study2 bole la usrah2 ni. Skang bila dah berkeluarga ni...hmmm..dah x kot..(eh?)

Situasi sudah lanjut usia :
"Pakcik dah tuo, kudrat dah tak ada..kalau la muda2 dulu all out buat D&T..(mengeluh penyesalan)"

Setiap kesulitan pasti ada kemudahan!

Setiap dari KITA mampu mencipta seribu satu alasan, hanya utk mengelak dari melakukan sesuatu perkara. Kita mungkin mampu terus beralasan. Tetapi sedarlah bahwa dgn byk sgt beralasan ianya langsung tidak membantu membuahkan amal.

Kadang2 diri ini sgt2 terkesan, bila melihat beberapa ikhwah yg sgt tsabat & teguh didalam jln D&T ini. Keikhlasan yg mereka tunjukkan, menyebabkan hati ini kadang2 sayu dan pilu (nangis banjir T_T).

Ada yg sanggup travel 12 jam hanya utk bertemu anak usrah. Ada yg sanggup berulang-alik dari seremban ke shah alam kerana nilai sebuah usrah. Allahu Allah..

Ada yang sampai tertido di dalam kereta, utk melepaskan lelah seketika, dek kerana terlalu letih menyelusuri jln D&T ini. Allahu Allah..

Ada yg sanggup meninggalkan perkerjaan yg gah kerana pekerjaan itu tidak membantu D&T. Dan mencari pekerjaan yg lebih membantu keluncuran D&T. Allahu Allah..

Mereka2 ni mampu je utk mencipta alasan spt jarak yg jauh, kerja yg banyak, tak ada masa n so on. Tetapi mereka tidak bertindak sedemikian. Bahkan menjadikan halangan2 yg ada sebagai satu yg positif. Menjadikan halangan sbg lumrah yg harus ditempuh.

Semoga antum terus menjadi teladan kepada kami yg masih baru nak merangkak ni. Semoga Allah meredhoi segala usaha2 murni kalian.

Ana selitkan sebuah lagu, sebagai penutup kepada perkongsian kali ini..semoga kita terus bersemangat di jalan ini. Setiap kesulitan pasti ada kemudahan!


Tuesday, 3 September 2013

Homestay Kuang

Kali ini, ana just nak share satu homestay yg menarik utk dikunjungi. Digelar sebagai "Banglo Kuang" berada  betul2 di luar kawasan bandar. Tempat yg sesuai utk menenangkan jasadi n rohani.


Tempat penginapan..cinta pandang pertama :-)

Tempat BBQ..

Swimming pool pon ado?

Dapur yang serba lengkap. Terboikkk

Kawasan lapang depan Banglo

Ruang tamunya..Masyaallah besorr!!!


Utk maklumat lanjut boleh hubungi tuan tanah..:-)
::salam ukhwah::
Boleh layari http://nadiukhuwah.wordpress.com/ utk pertanyaan lanjut..


Friday, 30 August 2013

Jiwa Sahabat Yang Merdeka

Merdeka!!! Merdeka!! Merdeka!!!

satu ungkapan yg menggambarkan makna kebebasan. Dewasa ini (wah2 lame x pkai ayat ni) kita mengertikan makna kebebasan dgn kibaran bendera, bunga api dan parade pd pagi hari merdeka. Namun jauh sekali kita menghayati dan menjiwai (feeeellll..) sendiri makna besar tentang kemerdekaan.

Kibaran bendera, show bunga api dan kawad tgh panas tidak saya nafikan satu usaha yg baik utk mengajak manusia cuba mendekati kemerdekaan. Namun, sekiranya kita melihat dgn sudut pandang yang lebih jauh, merdeka yg kita imani, seolah2 satu jasad yg tidak berisi roh dan sekadar hiasan yang ditayang-tayang.

Para sahabat Nabi SAW adalah contoh yg paling ideal utk kita memahami erti kemerdekaan. Mereka bukan sahaja menayangkan sikap mereka yang merdeka. Bahkan mereka membuktikan dgn tangan-tangan mereka apakah itu kemerdekaan yang sebenar.




Merdeka seorang Umar

Antara 10 orang sahabat Nabi SAW yang dijamin masuk syurga. Semasa beliau masih berada di dalam jahiliyyah, beliau adalah 'taiko besar' yang sgt digeruni. Sebut saja nama umar pasti tiada siapa yg dpt menandingi. Bahkan sebelum beliau islam, beliau adalah orang yang paling memusuhi islam. Kalau Abu Jahal hanya berani menganggu dakwah nabi dgn kata2 dan mengupah orang membuat onar kpd nabi

Namun sikap umar tidak begitu. Beliau secara lantang dan berani, sedia 'face to face' untuk membunuh nabi. Namun hidayah daripada Allah membawa beliau kepada islam. Tatkala jiwanya sudah merdeka dari belenggu jahiliyyah. Beliau antara sahabat nabi yang sangat menghayati erti kebebasan.

Kebebasan bagi seorang umar sgt mndalam. Beliau sentiasa ingin melihat manusia bebas dari kezaliman, kesempitan berfikir yang jumud dan memberi keluasan dunia dan akhirat kepada setiap manusia dgn keadilan islam.

Kemerdekaan yang beliau hayati dan imani ini, telah membawa islam ketahap yang sangat tinggi. Semasa pemeritahan beliau sbg seorang khalifah, beliau berjaya menjatuhkan kerajaan Rom, yang pada waktu itu sangat megah dan angkuh dengan kekuasaan yang mereka ada.

Kalaulah umar setelah merdeka (bebas dari belenggu jahiliyyah) hanya mengeksperikan kemerdekaannya dgn kibaran bendera, menyebut berulang2 kali perkataan "MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!" ataupun pergi berarak mengelilingi Kaabah pada setiap kali ulang tahun beliau memeluk islam. Sudah tentu islam tidak akan sampai kepuncak kegemilangan seperti tercatat di dalam sejarah.

Hayatilah kata Amirul Mukminin ini,
"Aku hanyalah seorang umar. Jika bukan kerana Islam, tiadalah kemuliaan bagiku. Andai semua manusia pergi ke syurga kecuali seorang, aku bimbang dia adalah diriku"

Jom memahami makna MERDEKA yang sebenar. Selamat menyambut hari kemerdekaan.. :)

Sekian,
KitAdalahLogam





Ibrah Khandaq yang kita lupai

Ibrah dari Ghazwah Khandaq...

Suasana didalam dewan diam seketika tatkala menanti kehadiran tetamu yang diundang. "Assalamualaikum", Bro. Amran (bukan nama sebenar) menyapa kami dgn senyuman yg tak henti2. Susuk tubuh yang agak gempal, tinggi dan berkulit putih itu adalah seorang yang menetap di Lebanon tetapi berdarah Palestin.

Setelah dijemput oleh MC, bro Amran mencapai microphone dan memulakan bicara dgn fasih di dalam bhs inggeris. "What do you remember about Ghazwatul Khandaq ( Perang Khandaq)?" tanya beliau bersahaja kepada para audience.

Ada yg mejawab parit, ada yg menjawab Salman Al-Farisi, ada yg menjawab Ahzab dan sebagainya...

Khandaq bererti parit, kerana pada peperangan ini tentera Muslimin menggali parit disekeliling kota Madinah sebagai kubu pertahanan disebabkan begitu ramai musuh dari dalam (Yahudi dan Quraisy) mahupun luar (Gatafan) yang ingin menyerang umat islam di Madinah. Maka Salman Al-Farisi seorang bangsa Ajam (non-Arab) telah mencadangkan utk menggali parit disekeliling kota madinah. Perang ini juga dikenali sebagai perang Ahzab (gabungan) kerana beberapa bangsa dari kaum Quraisy, Yahudi dan Gatafan telah bergabung untuk memerangi kaum muslimin. Ditambah dengan golongon Munafiqun yang sering kali melengahkan-lengahkan penggalian parit dan ini menambah tekanan yang dihadapi oleh tentera muslimin.

Bro Amran meneruskan bicara. Beliau mengambil sebatang pen lalu mula menconteng² di papan putih (white board). Beberapa tulisan tertera :
- Yahudi, Quraisy (Musuh dari dalam)
-Gatafan (Musuh dari luar)

Kemudian beliau bertanya, bagaimanakah keadaan umat islam tatkala mengetahui musuh2 islam menyerang dari dalam mahupun luar? Maka ada beberapa audience yang menjawab umat islam ketakutan, keadaan mereka kelam-kabut dan kebanyakkan mereka tidak tentu arah. Bro Amran bersetuju dengan penyataan² tersebut.

Kemudian beliau meminta kami melihat satu ayat dari surah Al-Ahzab :10

33:10





"Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan".

Setelah dihuraikan ayat tersebut dgn pjg lebar, beliau bertanyakan lagi, "bagaimana kemenangan tentera muslimin di dalam peperangan ini?" Ada audience yg menjawab "Allah menurunkan malaikat". Lalu dijawab oleh Bro Amran, "tidak"..Hanya di dalam peperangan Badar Kubra sahaja pernah berlaku peristiwa sebegitu.

Lalu terdengar dari sebelah kiri dewan, seorang peserta menjawab, " Allah menghantar tiupan angin taufan!". "Benar" jawab akhi Amran. Lihat betapa mudahnya Allah mampu mengalahkan musuh2-Nya. Tatkala tentera muslimin merasakan tiada jalan keluar bagi mereka. Tatkala mereka merasakan mereka sudah tidak berupaya utk melawan musuh yg cukup ramai. Akan tetapi Allah meyakinkan kaum muslimin dengan pertolongan dari Allah SWT. Just like that (bunyi 'tap') isyarat dari akhi Amran memetik jari beliau utk menunjukkan betapa mudahnya Allah memguruskan tentera2 musuh.

Situasi Ummah masa kini...

"Cuba kaitkan situasi yg dihadapi oleh tentera muslimin, dgn situasi yg berlaku kpd kita pd hari ini?" tanya beliau, meminta kami berfikir seketika.

"Cuba kita lihat keadaan yang berlaku di Palestin ketika ini. Bagaimanakah keadaan mereka?" Bukankah apa yang berlaku pada perang Khandaq sedang berlaku juga pada zaman ini?. Kami mula mengerutkan dahi, menunjukkan respon kurang memahami mesej yg ingin disampaikan.

Lalu beliau pon melukis peta negara palestin termasuk negara2 yg berada di sekitarnya.

Palestin yang dikelilingi oleh negara jiran yang tidak memberikan bantuan bahkan sentiasa menekan mereka


"Lihat siapakah yg berjiran dgn Palestin pd waktu ini?" Beliau menunjukkan bahagian utara. Disini terdapat Lebanon dan Syria. Kemudian disusuli di sebelah timur negara Jordan. Kemudian di bahagian bawah selatan terdapat negara Mesir.

"Apa yang sedang negara jiran ini lakukan utk membantu Palestin?" suasana dewan sunyi seketika.

Ambillah ibrah (pengajaran) dari peperangan Khandaq. Kini Palestin di ibarat seperti kota Madinah. Palestin ketika ini, menerima desakan dan tekanan dari dalam mahupun luar. Musuh dari dalam adalah Israel itu sendiri yang sering menekan mereka di palestin. Musuh dari luar pula adalah negara² jiran di sekitarnya.

Lihat situasi di Mesir. Mesir sekarang ini sedang berhadapan dengan rampasan kuasa oleh tentera kudeta. Pintu sempadan Mesir-Gaza telah pon ditutup. Terowong bawah tanah yang menghubungkan kedua buah negara dihancurkan. Paip2 yg disalurkan ke Palestin juga telah dimusnahkan.

Lihat pula situasi di Syria. Dimana pimpinan Bashar Al-Assad sudah tentu tidak meyokong perjuangan rakyat Palestin. Bahkan banyak nyawa2 ahli sunnah di sana yang menjadi korban.

Lihat pula situasi di Jordan. Sebuah negara yang kaya, akan tetapi rajanya hanya berdiam diri melihat keadaan yang berlaku di Palestin. Sedangkan negara mereka, adalah negara Islam!

Lihat pula situasi di Lebanon. Negara yang juga berdiam diri. Tatkala ramai kaum muslimin (sunni) menjadi mangsa kekejaman Al-Assad. Mereka sedikit pon tidak memberi bantuan kepada negara jiran. Apatah lagi negara Palestin. Hanya berdiam dan memeluk tubuh, tidak mahu mengambil peduli urusan orang sebelah.

Lebih kurang kan situasi ini, dengan situasi yang berlaku semasa perang Khandaq? tanya bro Amran. Orang-orang palestin sudah lama menyedari keadaan ini. Mereka belajar dan banyak mengambil ibrah dari peperangan Khandaq. Mereka tau, dengan kekuatan dan logik akal, mereka akn tewas dan tidak mampu melawan. Akan tetapi mereka tidak pernah lupa mengenai penghujung cerita Perang Ahzab. Dimana tentera muslimin menang mudah keatas lawan mereka yang serba lengkap dan ramai.

Dimana pada akhirnya Allah menghantarkan angin taufan utk menghapuskan musuh2Nya. Maka harapan mereka (orang² Palestin) hanyalah Allah SWT. Mereka yakin, kemenangan akhirnya akan berpihak pada mereka juga. Amat mudah bagi Allah utk memberikan kemenangan walaupun nampak situasi seperti tidak memihak kepada kita.

Yang hanya mereka perlukan adalah menggali "parit" disekeliling mereka dengan harapan pihak musuh akan termasuk kedalam parit mereka. Lalu memutuskan rangkaian disekeliling mereka. Mungkin setelah rantaian itu putus. Mudah2an Allah menghantarkan bantuan kepada mereka. Insyaallah.

Bro Amran mengucapkan terima kasih. Kerana sudi mendengar sedikit perkongsian daripada beliau.


Sekian
KitAdalahLogam








Friday, 26 April 2013

Artikel : Alangkah bestnyee nikmat ini !

Mensyukuri nikmat-nikmat Allah


Wow!! Tahniah kepada anda² diatas kejayaan melanjutkan pelajaran ke Germany. Memang bukan satu perkara yang mudah untuk menempatkan diri dan mendapatkan tawaran menyambung pelajaran di sini. Tambahan lagi setelah hampir 2 tahun lebih berpeluh-peluh mengerah keringat ketika di waktu persediaan di Malaysia, barulah diberikan peluang untuk mengecapi nikmat "fly" itu..

Tak cukup dengan itu, sebelum fly byase nya ahli keluarga akan buat kenduri besar-besaran, menandakan anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara..Siap lengkap dengan khemah bagai dan at least kene dirikan 5 khemah (kalah orang yang nak kahwin)..hihi..Ditambah lagi dengan pujian-pujian yang melimpah-melimpah dari orang-orang kampong..time tu, hmmm..memang kembang habis la satu badan dek pujian org ramai..

Itu baru cerita sebelum "fly"...time dah sampai German, disambut pulak dengan Abang² macho kacak bergaya..pergh..rasa memang betul² dihargai lah! Rase macam kita sorang je harapan negara time tu..Bertambah2 bestnye..bukan setakat dapat pengalaman belajar di negara orang..duit scholar pon boleh tahan banyak..1000€ sebulan..banyak tuh!! Dengar cerita abg2 senior kat sini pulak, barang² keperluan sgt2 murah..so mmg banyak giler duit lebihan..hmmm..macam2 benda boleh buat beb..



Kapal terbang membawa adik-adik junior ke Germany
[sekadar hiasan]


Alhamdulillah...tatkala Allah SWT memberikan nikmat² tersebut kepada kita, adakah lidah kita sentiasa menuturkan ucapan Alhamdulillah ala kulli nikmah (segala puji bagi Allah di atas segala nikmat) ?

Tatkala kita merasai keputusan yang cemerlang? Adakah kita mengucapkan ucapan hamdallah ?

Tatkala kita mendapat khabar kita dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, adakah Alhamdulillah adalah ucapan kita yang pertama? atau adakah kita melontarkan perkataan horayy!! atau yabedabedu!! yang kita ucapkan pada ketika itu?

Tatkala kita menerima wang scholar sebanyak itu, adakah kita merasakan diri kita sudah mewah, boleh melakukan apa sahaja?

Masyaallah..marilah kita sama² rakan-rakan untuk kembali bermuhasabah..Firman Allah SWT


14:34
"Dan Dia telah memberikan kepada mu segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak kan mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)" (Ibrahim : 34)

Allah memberikan kepada kita, nikmat yang sangat banyak. Maka cuba lah sedaya upaya untuk kita menjadi hamba yang bersyukur atas nikmat-nikmat tersebut. Ramai manusia, apabila dia menerima nikmat dari Allah SWT, dia merasakan bahawa nikmat tu tak cukup bagi dirinya..dan terkadang ada yang masih meminta-meminta inginkan nikmat yang lebih lagi..Masyaallah..bukankah telah banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita? Tetapi...jarang sekali kita merasa syukur ats nikmat Allah..

Apabila kita merasakan segala nikmat yang kita kecapi, macam x mencukupi, maka perbanyakkanlah istighfar. Boleh jadi ini adalah ujian daripada Allah utk melihat sejauh mana kita menghadapi ujian apabila kita diuji dengan kesenangan.

Ada satu analogi yang agak menarik utk dikongsikan di sini..Analogi ini berkaitan dengan seekor monyet :

"Seekor monyet, apabila di berada diatas pokok dan ditiup dengan tiupan angin yang kencang..dia mampu untuk bertahan dan tidak jatuh ke tanah akibat dari tiupan angin yang kencang itu..

Akan tetapi apabila dia ditiup dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, monyet itu terasa nyaman dan tidak dia sangka2 dia jatuh ke tanah "

Apakah ibrah/pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah monyet ini? Mungkin boleh untuk kita sama2 renungkan.


Wallahualam
KitAdalahLogam

Puisi : Api-Api Semangat

Api-Api Semangat


Ya Ikhwah,
Mengapa bermuram muka,
Mengapa berduka cita
Mengapa biarkan semangat mu luntur oleh sang Futur?

Ya Ikhwah ku,
Bangkitlah dari lena mu,
Bangkitlah dari lamunan mu,
Bangkit lah dari tipu daya yang mengherdak jiwa-jiwa mu,
Sedarilah! Ummah ini sangat mendahagai tenaga muda mu..

Ya,
Sungguh aku dan engkau menyedari,
Bahawa..
Jalan ini bukan mudah,
Jalan ini tidak dibina dalam seusai satu hari,
Jalan ini mengharapkan kau memberikan harta dan jiwa mu,

Namun..
Disebalik perit luluh yang kau pikul,
Disebalik hela nafas yang kau hembus,
Pasti ada kemanisan yang kau rasa,

Pasti...
Disuatu hari nanti,
Engkau kan senyum kembali,
Melihatkan manusia berpusu-pusu kembali merapati Jalan Ini,
Kerana janji Rabb-Mu itu pasti...


Wallahualam,
KitAdalahLogam


Thursday, 25 April 2013

Sharing : Experience with Jehovah Witnesses (Part III)


Part 3 : Perkongsian dengan JW


Sambungan dari part 2...


CruciFIXION or CruciFICTION ?

Setelah itu, saya meminta mereka menceritakan sedikit sebanyak berkenaan dengan penyaliban Jesus. Mereka pun bercerita berkenaan dengan penyaliban Jesus secara detail. Setelah itu saya ajukan mereka beberapa persoalan..

"Adakah Jesus dengan rela hati bersedia untuk disalib? mereka menjawab "ya!"

tetapi kenapa di dalam Mark 15:34 Jesus menyebut..

"Eloi, Eloi, lama sabachtani?" which mean "My God, My God, why have you forsaken me?" 

Sekiranya Jesus sanggup mati untuk manusia, mengapa dia meraung meminta pertolongan daripada Tuhan ketika Yahudi ingin menyalibnya?

Mereka memberikan analogi pesakit dan doktor gigi..

Mereka berkata, kalau anda sakit gigi, maka anda juga akan meraung menyatakan kesakitan anda, tetapi anda dengan rela hati juga membiarkan gigi anda dicabut..begitulah juga kisahnya dengan Jesus ketika disalib.. (saya hanya mengiyakan analogi mereka, walaupon tidak berapa bersetuju dgn analogi itu, untuk mengelakkan berlaku perdebatan antara kami)

Setelah itu saya tanyakan lagi...

"Setelah Jesus disalib, adakah Jesus benar-benar mati?" mereka menjawab "ya!". 

"Tetapi kalau anda rujuk didalam bible, Jesus sebenarnya tidak mati setelah ia disalib.."

Mereka mengerutkan dahi dan menggeleng kepala, tanda tidak bersetuju dengan penyataan saya...Mereka mengatakan Jesus memang mati..

Lalu saya meminta mereka membuka Luke 24:36-43

Didalam ayat itu Jesus telah muncul kembali di hadapan 12 pengikutnya, walaupun diberitakan bahawa beliau telah mati disalib. Jesus memberi salam kepada pengikutnya..Kemudian pengikutnya mula menggeletar dan ketakutan. Jesus bertanya, kenapa korang semua takut? Mereka menjawab, kami ketakutan disebabkan kami mendengar khabar angin bahawa anda (Jesus) telah mati. Disebabkan itulah kami ketakutan (mereka menganggap bahawa yang muncul dihadapan mereka adalah hantu/Roh Jesus)

Jesus menerangkan bahawa dia bukanlah hantu. Dia masih lagi manusia dengan ayatnya yang cukup popular "It is me myself! touch me and see. A ghost doesn't not have flesh and bones, as I have"..

Kemudian Jesus meminta makanan daripada pengikutnya..mereka memberikan Jesus, broiled Fish.

Benjamin sekali lagi tidak bersetuju, kemudian dia menyatakan bahawa yang muncul pada pengikut Jesus, pada waktu itu adalah dalam bentuk roh, tetapi saya mengatakan, Jesus sendiri yang menafikan penyataan bahawa dia adalah roh, kerana dia berkata, dia masih lagi "flesh and bones". Sedangkan roh tidak mempunyai bentuk.

Benjamin menjawab.."This is the miracle of Jesus" (saya hanya tersenyum dan mengangguk mendengar penyataan itu)

Kisah penyaliban Jesus dan pembuktian samada Jesus mati atau hidup setelah disalib boleh dibuktikan dengan hujah melalui penyataan Jesus didalam Matthew 12:40

"For Jonah was 3 days and 3 night in the belly of the Whale, so shall the son of man will be 3 days and 3 night in the heart of the earth"

Jesus menyatakan bahawa miracle yang dia akan tunjuk, adalah sama seperti miracle of Jonah (Nabi Yunus).
Saya tidak akan pergi details didalam kisah ini. Mungkin anda boleh merujuk buku2 atau bahan bacaan yang diyakini.




Ramalan kehadiran Nabi SAW di dalam Bible


Kemudian, saya meminta mereka untuk menjelaskan berkenaan dengan sepotong ayat di dalam Bible,
John 16: 12-14

"I have yet many things to say unto you, but you cannot bear them now. Howbeit when he, the Spirit of truth, is come, he will guide you into all truth : for he shall not speak of himself: but whatsoever he shall hear, that shall he speak, and he will show you things to come. He shall glorify me, for he shall receive of mine, and shall show it unto you"

Saya bertanyakan soalan, siapakah the Spirit of Truth yang dinyatakan oleh Jesus?

Mereka menjawab : Holy Ghost.

Kemudian saya meminta mereka memberikan hujah, mengapa mereka mengatakan ayat itu suite utk Holy Ghost.

Mereka mengatakan, memang ayat itu hanya utk Holy Ghost

Saya kurang bersetuju, maka saya meminta mereka untuk sama2 membedah statement tersebut..

Saya bertanya : Dalam ayat yang dibacakan tadi, Jesus ada menyebut "when he, the Spirit of truth, is come"...dan kalau anda membaca ayat sebelum verse ke 16, anda akan dapati bahawa, Jesus menyebut, syarat utk Spirit of Truth datang adalah Jesus harus pergi dahulu (iaitu Jesus diangkat ke langit). Tetapi menurut bible, Holy Ghost sudah pun wujud sebelum kelahiran Jesus lagi..maka Holy Ghost tidak memenuhi kriteria yang dinyatakan oleh Jesus.

Maka mereka bertanya, siapa yang engkau rasa memenuhi syarat Spirit of Truth?

Saya mengatakan melalui pembacaan saya, ayat ini merujuk kepada Nabi yang terakhir, iaitulah Nabi Muhammad SAW.

Mereka mengatakan, kenapa saya menyatakan perkara tersebut?

Saya memberikan mereka hujah saya..

Hujah 1:
" Howbeit when he, the Spirit of truth, is come"

Seperti yang saya katakan sebelum ini, Jesus mengatakan syarat untuk Spirit of Truth datang adalah Jesus kene pergi dahulu. Dan kalau kita lihat, Nabi SAW dilahirkan lebih kurang 300 tahun selepas Jesus diangkat ke langit.. Maka Nabi Muhammad telah memenuhi kriteria yang Jesus sebutkan.

Kemudian Jesus sebut "he will guide you into all truth"

Saya mengatakan bagaimana Holy Spirit mengguide manusia? Mereka tidak menjawab. Maka saya bandingkan pula holy ghost dengan Nabi Muhammad. Saya mengajak mereka melihat sejarah bagaimana kejayaan Nabi Muhammad dalam menyampaikan kebenaran agama. Ianya terbukti apabila hampir 120 000 penduduk Madinah masuk islam dan tidak sampai beberapa lama, Islam tersebar ke seluruh dunia.

Oleh yang demikian, saya nyatakan ayat ini suite kepada Nabi Muhammad

Hujah 2:
 for he shall not speak of himself: but whatsoever he shall hear, that shall he speak."

Melalui kata-kata tersebut, Jesus kata Spirit of Truth ini, dia tidak akan cakap menggunakan perkataan dia sendiri..Apa yang dia dengar, itulah yang dia akan sampaikan. Saya katakan itulah yang dimaksudkan dengan wahyu (revelation). Nabi Muhammad SAW menerima wahyu dari Allah dan Nabi Muhammad menyampaikan apa yang telah diwahyukan kepadanya sahaja dan Nabi tidak menokok tambah ayat-ayat Allah.

Oleh yang demikian saya menyatakan Nabi Muhammad talah fullfill requirement kedua yang Jesus nyatakan dalam ayat tersebut.

Kemudian saya menambah satu lagi hujah

Hujah 3:
he will show you things to come. He shall glorify me, for he shall receive of mine, and shall show it unto you"

Jesus kata Spirit of Truth ini, akan glorify Jesus dan menunjukkan bukti-bukti mengenai Jesus. Dan saya mengatakan di dalam Al-Quran, terdapat banyak tempat yang menceritakan berkenaan dengan Jesus. Allah menceritakan banyak peristiwa berkenaan dgn Nabi Isa.
1) Berita Maryam mendapat anak (Nabi Isa) tanpa bapa (Al-Imran : 45)
2) Nabi Isa berbicara sewaktu kecil (Al-Imran :46)
3) Nabi Isa menyembuhkan penyakit sopak, buta dan menghidupkan orang mati  (Al-Imran : 49)
4) Isa Al-Masih seorang lelaki yang suci ( Maryam : 19)

Dan banyak lagi ayat-ayat di dalam Al-Quran yang mengangkat darjat Jesus sebagai orang yang sangat mulia di sisi Islam. Dan Al-Quran adalah satu-satunya kitab bukan Kristian, yang mengangkat dan memuliakan seorang yang bernama Jesus (Isa).

Bahkan untuk mengangkat darjat Ibu kepada Nabi Isa iaitu Maryam, kerana difitnah oleh Bani Israel sebagai wanita tidak suci, Allah menamakan satu surah didalam Al Quran sebagai surah Maryam.

Disebabkan hujah-hujah itu, saya mengatakan ayat yang diucapkan oleh Jesus dalam John : 16 adalah ayat yang ditujukan kepada Nabi Muhammad SAW.

Mereka berdiam diri sebentar, kemudian Benjamin masih menyatakan tidak dan ayat itu hanya valid untuk Holy Ghost sahaja..saya hanya mengangguk dan tidak membangkang pernyataan Benjamin.

Kemudian kami pun menutup bicara dengan sembang-sembang kosong, Benjamin meminta alamat email saya dan kami bersetuju untuk membuat pertemuan yang lain bagi meneruskan sesi perbincangan kami.

Kami bersalaman dan mengucapkan selamat jalan kepada masing-masing.

Sekian.

Wallahualam
KitAdalahLogam

Monday, 8 April 2013

Sharing : Experience with Jehovah Witnesses (Part II)

Marilah menuju satu kalimah yang sama

Refreshment

"Katakanlah, "Wahai Ahli Kitab! Marilah menuju kepada satu kalimah (pegangan) yang sama antara kami dan kamu, bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan kita tidak akan mempersekutukannya dengan sesuatu pun..." (Al-Imran : 64)


Dosa Warisan (Original Sin)


Setelah Benjamin dan Rubern bercerita mengenai asal usul Jesus, mereka memberikan saya satu helaian risalah yang dinamakan "Good News from God". Saya agak teruja apabila diberitakan bahawa risalah ini, terdapat juga di dalam Bahasa Melayu dan mereka menunjukkan risalah yang terdapat di dalam bahasa Melayu itu kepada saya di dalam laman web rasmi mereka.

Kami meneruskan perbicaraan mengenai Dosa Warisan. Benjamin yang lebih banyak berbicara berbanding Rubern, membacakan artikel di dalam risalah tersebut. Secara kesimpulannya, beliau ingin menerangkan bahawa  Adam diberikan keistimewaan untuk hidup kekal abadi di dalam Syurga. Tetapi Tuhan telah melarang Adam untuk memakan satu buah larangan di Syurga.

Tuhan berkata, sekiranya Adam ingkar arahan, maka Tuhan akan menghukum Adam dan hukuman tersebut adalah kematian. Disebabkan Adam telah ingkar kpd arahan Tuhan, maka Adam pun dihukum. Rujuk (Roman 5:12 ; 6:23)

Dan disebakan itulah Adam telah mewariskan dosa tersebut kepada keturunanya iaitu semua manusia. Untuk menebus dosa ini, maka memerlukan seorang yang tidak pernah berdosa..dan mereka mengatakan bahawa Jesus adalah manusia yang tidak berdosa. Oleh sebab itu, Jesus telah dipilih untuk menebus dosa yang dilakukan oleh Adam.


Penyaliban (Crucifixion)


Oleh yang demikian Jesus telah disalib, untuk menebus kembali dosa yang dilakukan oleh Adam. Saya bertanyakan adakah bayi yang baru dilahirkan juga mempunyai dosa ini. Mereka mengatakan ya! Walaupon bayi yg baru dilahirkan tidak mempunyai dosa akan tetapi didalam darah mereka masih lagi terdapat dosa Adam.

Pada peringkat ini saya mula bertanya mereka beberapa soalan..Saya mulakan dengan persoalan..

"Bagaimana pendapat kamu tentang orang yang hidup sebelum kedatangan Jesus? Mereka tidak mengetahui tentang dosa warisan ini. Adakah mereka mati dalam keadaan berdosa, kerana tidak sempat diampunkan oleh Jesus?" 

Mereka menjawab ya..mereka mati dalam keadaan berdosa..maka saya nyatakan lagi..

"Jadi adakah tuhan tidak adil pada mereka? Kerana mereka tidak sempat bertemu Jesus?"

Mereka berpandangan antara satu sama lain. Rubern yang mendengar persoalan itu, tercengang dan tidak mampu membalas persoalan yang saya ajukan.

Kemudian, Benjamin mula menukar jawapan yang dia berikan tadi. Beliau mengatakan...

"Ya, walaupon mereka berdosa, tetapi mereka mempunyai kesempatan berjumpa dengan Jesus setelah dihidupkan kembali (Resurrection). Pada waktu itu, mereka boleh meminta keampunan dari Jesus"

Saya mengatakan..tetapi Resurrection berlaku setelah semua manusia mati dan dihidupkan kembali. Dimana ianya adalah hari kiamat / hari pengadilan. Maka di hari pengadilan bukan lagi masa untuk meminta keampunan tentang apa yang telah kita lakukan di dunia ini. Tetapi adalah hari, dimana kita ditentukan samada kita masuk ke Syurga atau Neraka disebabkan amalan kita di dunia.

Mereka seolah-olah bersetuju...





Kemudian saya meminta mereka untuk membuka Bible (Ezekiel 18:20). Didalam ayat tersebut ada menyatakan bahawa..

"The soul who sins is the one who will die. The son will not share the guilt of the father, nor will the father share the guilt of the son. The righteousness of the righteous man will be credited to him, and the wickedness of the wicked will be charged against him"

Didalam ayat ini menyatakan secara tuntas bahawa, sekiranya seorang anak melakukan kesalahan maka bapanya tidak akan dipertanggungjawabkan mengenai dosa yang anak itu lakukan dan sebaliknya.

 Saya mengukuhkan hujah dengan meminta mereka membuka (Deutronomy 24:16), (Mark 2:7) dan (John 9:3-5) semua ayat-ayat ini menafikan berkenaan dengan wujudnya dosa warisan.

Saya menambah didalam Islam juga menyatakan perkara tersebut, bahawa kita tidak akan dipertanggungjawabkan diatas dosa orang lain. Rujuk (Al An'am 6:164)

Saya menceritakan kepada mereka, di dalam Al-Quran, Allah menceritakan tentang kisah yang hampir serupa berkenaan dengan peristiwa Adam memakan buah larangan. Tetapi apabila Adam sedar akan kesalahan yang dia lakukan, maka dia meminta ampun kepada Allah dan Tuhan terus mengampunkannya. Tanpa ada dosa yang perlu diwarisi. Kerana Tuhan besifat Maha Pengampun. Begitu mudah sekali kan?.

Maka, saya mengatakan bahawa kenapa Jesus perlu untuk mewarisi dosa yang Adam lakukan? Sedangkan itu sangat bertentangan dengan ayat yang dinyatakan dalam bible tadi.

Kemudian saya menambah penyataan bahawa..

"Ok, sekiranya saya bersetuju dengan point anda bahawa kita mewarisi dosa yang telah Adam lakukan. Adakah Adam pernah meminta izin daripada saya, sebelum dia memakan buah larangan? Dia tidak pernah meminta izin saya sebelum dia memakan buah itu. Maka kenapa pula saya perlu menangung dosa yang dia lakukan?"   

Penyataan itu membuatkan mereka tersenyum dan ketawa..tetapi mereka mengatakan soalan itu sangat menguji kefahaman mereka..(saya hanya membiarkan mereka untuk berfikir sendiri)

Nantikan part terakhir perkongsian antara kami hanya di KitAdalahLogam

Bersambung....


Wallahualam,
KitAdalahLogam












Saturday, 6 April 2013

Sharing : Experience with Jehovah Witnesses (Part I)

Dialog bersama Jehovah's Witnesses


Sebelum anda meneruskan bacaan..saya nasihatkan supaya anda tidak meneruskannya...

Laaa..masih lagi nk membaca artikel ini..??

Seriously nak teruskan bacaan?..ok fine! Silalah teruskan bacaan ini.. Saya tak akan bertanggungjawab kalau terjadi apa-apa ye..hehe

masih nak teruskan?

Huhu..degil sungguh anda-anda ni. Tak pela, dah terlanjur baca entry ni, teruskan la ye..semoga anda semua mujadah membaca perkongsian saya...

Insyaallah pada kali ini saya akan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman berdialog bersama dengan rakan dari kepercayaan Christian (Jehovah's Witnesses)

Pada satu petang, pintu rumah saya diketuk oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali bernama Benjamin dan Rubern. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai Pendakyah Christian dari golongan Jehovah's Witnesses

Benjamin adalah seorang lelaki berbangsa German dan Rubern pula adalah lelaki berbangsa Congo. Mereka berdua menyapa saya dan seorang lagi rakan di hadapan rumah. Mereka memulakan bicara, dengan menceritakan sedikit sebanyak tentang penderitaan di dunia pada masa kini akibat peperangan.

Saya tidak berapa memahami apa yang mereka cuba sampaikan pada peringkat awal (sebab bahasa German mereka agak pasar). Kerana merasakan ini satu peluang untuk dakwah serta ingin mendapatkan maklumat lebih tepat berkenaan dengan Jehovah's Witnesses, maka saya menjemput mereka berdua untuk masuk kedalam rumah dan menceritakan kepada saya berkenaan dengan kepercayaan mereka.

Keimanan Jehovah's Witnesses


Diawal permulaan dialog diantara saya, Benjamin dan Rubern, saya telah bertanyakan tentang kepercayaan Jehovah's Witnesses dan apa beza diantara mereka dengan golongan yang lain seperti katolik dan protestan.

Mereka menjawab, bahawa Jehovah's Witnesses (JW) sedikit berbeza dibandingkan dengan penganut Kristian yang lain. JW tidak mempercayai Jesus (Isa) sebagai anak tuhan. Akan tetapi mereka hanya mempercayai Jesus sebagai seorang nabi (prophet).

Tambahan lagi mereka sangat-sangat mengimani kitab bible yang mereka ada. Segala hujah dan pendapat perlu lah selari dengan hujah bible. Mereka menyatakan tidak ada sebenarnya didalam bible mengenai Jesus adalah Son of God melainkan dia hanyalah utusan Tuhan. Pendek kata mereka tidak mempercayai kewujudan Trinity (God of Father, God of Son and God of the Holy Ghost)

Kalau hendak diambil dari aspek yang positif, mereka sebenarnya sudah selangkah kepada Islam, kerana mereka mempercayai "Tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah.." (kewujudan tuhan hanya satu) cumanya mereka lack dalam satu lagi penyaksian iaitulah "Muhammad itu pesuruh Allah".





Kehidupan awal Jesus (Asal Usul Jesus)


Setelah mereka menceritakan berkenaan dengan keimanan JW. Mereka menyambung perbicaraan mengenai asal usul Jesus. Mereka menyatakan bahawa Jesus adalah ciptaan pertama tuhan dan membantu tuhan menciptakan segala sesuatu. Rujuk (John 1:14). Saya mula mencelah pada peringkat ini. Saya bertanyakan.

"Bukankah Adam dan Hawa adalah manusia pertama yang diciptakan tuhan?"

Mereka menjawab ya! Adam dan Hawa adalah manusia pertama yang diciptakan. Jadi saya katakan,

"Maka Jesus bukanlah manusia pertama yang diciptakan oleh Tuhan? seperti yang anda katakan"

.Mereka terdiam seketika. Kemudian Rubern memberi hujah dengan mengatakan...

"Sebelum Adam dan Hawa diciptakan, Jesus sudah pon diciptakan dahulu iaitu dalam bentuk roh"

Saya menyatakan bahawa,

"Bukan sahaja Jesus yang berada dalam bentuk roh sebelum ia dilahirkan...Bahkan saya, anda (Benjamin) dan juga anda (Rubern)..juga berada dalam bentuk roh sebelum roh ditiupkan kedalam Jasad kita" saya nyatakan rujukan surah Saad (38:71-72)

Rubern menambah hujah, tetapi Jesus adalah makhluk yang istimewa kerana "He was created in the image of God" rujuk (Collosian 1: 15).

Saya bertambah pelik dengan penyataan mereka.

Jadi saya ajukan soalan berikut..

"Sekiranya Jesus diciptakan melalui imej tuhan, maka adakah dia tuhan? Sebab imej mestilah sama dengan objek asal? Kalau objek asal tuhan, maka imej mestilah tuhan juga? tetapi dalam kes ini, saudara menyatakan bahawa Jesus bukanlah Tuhan. So imej dan objek disini berbeza bukan?"

Rubern kelihatan sedikit tertrigger dan gelisah mengenai pertanyaan tersebut..Saya menambah..

"Didalam Al-Quran ada disebutkan bahawa kita tidak boleh melihat tuhan dan tuhan tidak boleh disamakan dengan apa-apa imej sekalipun (Al-Ikhlas :1-4) begitu juga didalam bible"

Mereka menjawab ya! Maka saya tanyakan lagi.

"Jadi kalau saudara menyatakan Jesus adalah imej tuhan, maka adakah tuhan mempunyai tubuh/form yang sama seperti manusia?"

Benjamin cuba mempertahan hujah dengan menyatakan...

"Actually, imej tuhan yang dimaksudkan adalah ciri-ciri dan sifat2 yang ada pada Jesus. Maksudnya Jesus ada sifat baik yang lebih kurang macam Tuhan" 

Saya bertambah musykil..lalu saya tanyakan..

"Tetapi..bukankah saudara katakan bahawa Jesus adalah Manusia dan bukannya Tuhan. Maka sebagai manusia Jesus perlu mempunyai sifat-sifat manusia. Mana mungkin seseorang mempunyai sifat tuhan dan manusia dalam satu masa? Tuhan bersifat kuasa /Maha Agung manakala manusia bersifat lemah..mana mungkin dua2 sifat ini bercantum sekali.."

Rubern berkata...


"Wow!! this is very interessting..I've never think about it before" 

Hanya ucapan Alhamdulillah yang dapat saya ucapkan di dalam hati. Semoga ini sedikit sebanyak membuatkan Rubern terfikir mengenainya...


Saya menyambung sedikit perbicaraan dengan mengulas berkenaan dengan penyataan...


"Bagaimana Jesus boleh membantu tuhan menciptakan segala sesuatu?, sedangkan Jesus bukan tuhan seperti yang anda nyatakan dalam keimanan anda sebelum ini?"

Mereka menjawab Jesus memang bukan tuhan, tapi Jesus membantu tuhan untuk menciptakan kerana dia adalah anak tuhan..(saya tersenyum tidak mahu memanjangkan hujah)...


Bersambung...



Wallahualam
KitAdalahLogam











Wednesday, 3 April 2013

Artikel : Dakwah? Itu sangat Allergic!!!

Dakwah?? Ohh itu sangat Allergic !!


Adakah anda biasa mendengar perkataan "dakwah" ? Pernah tak anda mengajak org lain bersama-sama membuat kerja-kerja Islah/Dakwah?

Kalau anda biasa berkecimpung di dalam circle ini. Sudah pasti anda akan menjumpai orang - orang yang sangat fobia dengan perkataan-perkataan sebegini (Dakwah, Islam, Usrah, Daie n sbg).

Boleh dikatakan apabila disebut sahaja perkataan-perkataan itu, mereka akan rasa gatal-gatal dan ruam satu badan. Bila diajak pergi majlis ilmu, berat terus kakinya. Oh!! Itulah symptomnya..

"Pergh ..jangan sebut pasal dakwah bro..seriau tahap gaban beb.. "

Ini adalah satu mindset yang telah ditanam didalam pemikiran masyarakat kita khusunya. Perkataan ini, sangat allergic kepada masyarakat dan mereka sangat-sangat takut, bila di lontarkan perkataan-perkataan ini.

Maka sebagai orang yang memahami konsep dakwah, seharusnya kita membantu masyarakat, memperbetul dan memahami kembali erti dakwah yang sebenar.

Didalam firman Allah SWT yang bermaksud :

"Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik..."
(An Nahl : 125)

Didalam melentur kembali masyarakat untuk menerima dan memahami Islam secara menyeluruh, pendekatan yang betul dan sentuhan jiwa yang menusuk sangat penting. Ini kerana, kalau kita mempunyai ilmu yang banyak sekali pun, akan tetapi kita bersifat "keras" dan "kasar" terhadap masyarakat, maka kebiasaannya hasil yang kita dapat sangat mendukacitakan.


Pengalaman peribadi


Saya adalah salah seorang yang pernah allergic dengan perkataan "dakwah" sebelum saya join tarbiyah lebih kurang 2 tahun yang lalu. Kadang-kadang saya rasa sangat-sangat menyampah apabila orang menyebut tentang dakwah.

Puncanya bukan sahaja saya merasakan diri saya tidak layak, bahkan ada beberapa faktor lain yang menyebabkan allergic ini berlaku.

Antaranya ialah disebabkan orang-orang surau/jemaah yang suka sangat menghukum (saya tidak mengatakan semua, hanya sebahagian), bajet bagus dan tak pernah nak approach orang-orang yang hampeh seperti saya. Kemudian ceramah-ceramah dekat surau juga membosankan dan topik-topik yang dikupas tiap2 tahun sama sahaja.

Ada juga golongan agama, ustaz2 yang memandang rendah potensi golongan (hampeh) seperti saya. Ada yang mengatakan, "Ilmu tak tinggi mana, tapi ada hati nak berdakwah". Ini secara tidak langsung, menidurkan himmah (semangat) saya untuk mengetahui lebih banyak tentang dakwah.

Kalau Muallaf yg baru masuk Islam..lagi la teruk kene kecam. "Baru masuk Islam, sunat pun belum, dah berani nak betulkan fiqah aku" (Lebih kurang gitu lah bunyinya)


Keadaan yang sedang berubah


Tapi...itu dulu punya cerita. Sekarang saya sudah tidak allergic dengan term dakwah, tapi saya selalu imagine, bagaimana reaction dari orang-orang yang macam diri saya yang dulu. Tidak mudah bagi mereka untuk menerima term-term sebegini.

Oleh yang demikian, approaching yang biasa saya gunakan ialah membuang dahulu symptom yang menyebabkan mereka fobia dengan dakwah. Gunakan lah perkataan-perkataan yang kurang extrem seperti SHARING untuk menggantikan DAKWAH. Kalau USRAH itu agak extrem, mungkin boleh digantikan dengan BULATAN GEMBIRA atau laen2 word yang mereka selesa.

Janganlah terus mengajak mereka berdakwah, tetapi ajak lah mereka memperbetulkan niat dan membaiki iman. Cerita kan kepada mereka kisah-kisah sahabat dan sirah nabi yang boleh diambil pengajaran. Bangkitkan semangat mereka dengan soalan-soalan seperti apakah kesan apabila Islam tidak diamalkan. Tadabbur Al Quran supaya mereka berasa dekat dengan sang Penciptanya dan lain-lain lagi.

Mudahkan? Tujuan sama, tapi cara approach berbeza. Mungkin ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam  memperbetul kembali minda masyarakat yang allergic dgn term-term sebegini sehinggalah mereka benar-benar faham dan selesa dengannya.

Kesimpulan

Pengalaman-pengalaman negatif yang pernah saya lalui dahulu sangat-sangat membantu saya pada harini. Banyak pengajaran yang dapat saya ambil melaluinya. Saya juga belajar bahawa, seseorang tidak akan mengikuti atau mendengar hujah kita, sehinggalah dia betul-betul selesa dengan cara dan kaedah kita.

Usaha dakwah ini sangat panjang dan memeritkan..Tapi ingatlah..hasilnya manis dan indah.


Wallahualam
KitAdalahLogam




Saturday, 30 March 2013

Artikel : Ingin Berubah? Ask Me How!!

Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa


"Aku ni tak perfect lagi, tunggulah aku perfect dulu, baru aku akan sampaikan Islam"
(Abang Ucop)

"Ilmu belum cukup bai, tunggu ilmu dah macam Ustaz Azhar Idrus, baru la boleh sampaikan keindahan Islam"
(Sudin bin Sudan)

Aduh Ikwahku..Jangan!!! Jangan ada mindset sebegini. (Muka sedih bergelinangan air mata)

Kalau lah semua Ikhwah bersikap sebegini maka akan lambat lah Dakwah Islamiah itu tertegak.

Ya!! Kita tidak menafikan perlunya ada akhlak yang baik (Matinul Khuluq) dan juga ilmu pengetahuan (Mutsaqqafal Fikr) untuk menyampaikan sesuatu kepada orang lain. Tetapi itu bukanlah satu alasan, untuk kita berpeluk tubuh, menuggu diri kita perfect. Then barulah kita nak menyampaikan risalah Islam.

Kerana proses perubahan kepada lebih baik itu akan memakan masa, sebelum ia benar-benar matang. Jadi jangan malu dan segan untuk berubah. Kita sentiasa belajar dan kita akan terus belajar. Sekiranya kita tersilap, maka kita betulkan kesilapan itu. Mudah kan?


Tidak ada manusia yang perfect di dunia ini, semua manusia melakukan khilaf (kesilapan). Maka kalau kita masih bermind settingkan tunggu kita sempurna, baru nak menyampaikan Islam. Resultnya, kita masih lagi akan berada di takok yang lama.




Berubah perlukan mujahadah
[Sekadar gambar hiasan]


Pernah suatu ketika dahulu saya menghadiri satu ceramah yang disampaikan oleh Brother Shah Kirit (Ketua Pegawai Dakwah Islamic and Service Foundation IIS). Beliau sering kali memberi teguran kepada kami untuk mula menyampaikan apa yang kita tahu. Dalam ayat yang lebih kurang "You do first, and then you will get back from what you give". Kata-kata itu sangat tepat. Apabila kita memberikan sesuatu kepada orang lain, secara tidak langsung kita juga akan mendapat sesuatu. Tak percaya? Cubalah..

Cer kita g tanya pulop Ustaz Azhar Idrus, adakah dia menjadi mantop sebegitu mantop hanya dalam satu hari? Semestinya jawapan yang akan diberikannya nahi kabi nahi. Untuk menjadi penceramah sehebat beliau, sudah tentulah ianya memakan masa yang lama. Persoalannya berapa lama kah tempoh tersebut? Haaa..itu bergantung kepada kesungguhan dan keazaman kita terhadap perubahan tersebut.

Der...Nak dapat rambut lurus lembut pon, at least pakai syampu Sunsilk 30 hari..hehe

Firman Allah SWT :

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri" (Ar Rad :11)

Semangat tak dengar ayat-ayat cinta dari Allah tadi? Maka ayuh!! Usah tangguh lagi...Perubahan itu dijana oleh kita sendiri.

Why Ask me? Ask yourself !! Tepuk dada tanya selera..

Saya tutup bicara kali ini, dengan kata-kata dari Saidina Ali r.a :

"Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada semalam, terpedayalah mereka yang hari ini sama seperti hari semalam, celakalah mereka yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam"

Jom berubah.

Wallahualam
KitAdalahLogam



Thursday, 21 March 2013

Puisi : Aku dan Tarbiyah Ini


Aku dan Tarbiyah ini


Dulu,
Engkau pernah cuba masuk mengetuk jiwaku,
Engkau lontarkan padaku kemanisan mu,
Engkau titipkan aku dengan hikmah mu,

Tapi...
Di waktu itu,
Jiwa ku menolak,
Jiwa ku memberontak,
Ku anggap engkau hanya mahukan keuntungan sendiri,

Kini,
Aku semakin mengenali dirimu,
Aku jatuh cinta padamu,
Aku tak tahu,
Apa yang telah kau lakukan padaku,

Tapi...
Diri ku kini,
Hanya inginkan mu,
Mengharapkan diriku hanya didampingi olehmu,

Wahai Tarbiyah,
Cinta Hatiku,
Dengarlah kelumat ku ini,
Disuatu hari nanti...,

Aku berharap,
Perasaan yang ku rasa terhadap mu,
Dapat aku kongsikan,
Dapat aku berikan,
Kepada jiwa-jiwa yang juga mendahagai Cinta Rasa terhadap dirimu,
Kerana Tarbiyah, itu manis....


Wallahualam,
KitAdalahLogam





Tuesday, 19 March 2013

Kisah Sahabat : 'Amr bin Jamuh (Part II)


"Pahlawan Syorga Berkaki Pincang"


Sambungan..


Apabila mereka sampai ke buaian, Akhi Malik memulakan bicara...Akhi Jupin dan Akhi Udin khusyuk mendengar celoteh Akhi Malik sambil buaian di ayun perlahan-lahan mengikut rentak pendulum

Begini kisah nya......

'Amr bin Jamuh adalah seorang pemimpin Yatsrib (Madinah) masa jahiliyah. Dia adalah kepala suku yang dihormati dari Bani Salamah. Seorang penduduk Madinah yang sangat pemurah dan memiliki peri kemanusiaan yang tinggi. 

Sudah menjadi adat bagi para bangsawan jahiliyyah menempatkan patung di rumah mereka masing-masing untuk peribadi mereka. Pertama, supaya mereka dapat mengambil berkat dan memuja patung tersebut setiap pagi dan petang.

Kedua, untuk memudahkan mereka meletakkan korban suci di altar pada waktu-waktu tertentu. Ketiga, supaya mereka dapat mengadukan keluhan-keluhan mereka setiap waktu diperlukan.

Patung di rumah 'Amr bin Jamuh bernama "Manat". Patung ini terbuat dari kayu. Buatannya indah dan mahal harganya. Untuk penjagaanya 'Amr bin Jamuh perlu mengeluarkan biaya yang tidak sedikit. Patung itu selalu dibersihkan dan diminyaki dengan wangian khusus dan mahal.

Tatkala cahaya iman mulai merambat di Yatsrib (Madinah) dari rumah ke rumah, usia 'Amr bin Jamuh sudah hampir memamah lewat enam puluh tahun. Tokoh da'wah Islamiah yang pertama-tama aktif di Yatsrib ialah Mus'ab Bin Umair.

Tiga orang putera 'Amr bin Jamuh, iaitu : Mu'awwadz, Mu'adz dan Khallad, serta seorang rakan sebaya mereka iaitu Mu'adz bin Jabal telah masuk Islam di tangan Mus'ab bin Umair. Bersama ketiga-tiga putera 'Amr yang memeluk agama Islam ialah ibu mereka sendiri Hindun binti Amru. 'Amr tidak mengetahui kalau putera dan isterinya telah masuk Islam.

Kerana itu 'Amr berkata kepada isterinya, "Hai Hindun! Hati-hatilah menjaga anak-anak kita, agar mereka jangan sampai bertemu dengan orang itu (Mus'ab bin Umair)!"

Jawab Isterinya, "Adinda patuhi nasihat kakanda. Tetapi pernahkah kakanda mendengar putera kakanda Mu'adz bercerita mengenai orang itu?"

"Celaka! Apakah si Mu'adz telah masuk agama orang itu?" tanya 'Amr gusar. Wanita yang soleh itu kasihan melihat suaminya yang sudah tua.

"Tidak! Bukan begitu! Tetapi si Mu'adz pernah hadir dalam majlis orang itu, dia ingat kata-katanya", jawab isterinya mententeramkan hati 'Amr 

"Panggillah dia kemari!" kata suaminya.

Ketika Mu'adz hadir di hadapan bapanya, 'Amr berkata, "Cuba engkau baca kata-kata yang pernah diucapkan orang itu. Bapak ingin mendengarkannya.

Mu'adz membacakan surah Al-Fatihah kepada bapanya. "Alangkah bagus dan indahnya kalimat itu," kata 'Amr.

"Apakah setiap ucapannya seperti itu?", tanya 'Amr.
"Bahkan lebih bagus dari itu. Bersediakah bapak berba'iat dengannya? Rakyat bapa telah bai'at semuanya dengan dia", kata Mu'adz.

Orang tua itu diam sebentar. Kemudian dia berkata, "Saya tidak akan melakukannya sebelum saya musyawarah lebih dahulu dengan Manat. Saya menunggu apa yang dikatakan Manat."

"Bagaimana Manat bisa menjawab? Bukankah itu bende mati ? Dia tidak bisa berfikir dan tidak bisa berbicara?" kata Mu'adz.

"Saya katakan kepadamu, saya tidak akan mengambil keputusan tanpa dia!" kata 'Amr menegaskannya.

'Amr bin Jamuh menyembah Manat di altar tempat dia biasa memuja. Dipujanya patung itu dengan puji-pujian setingginya, kemudian dia berkata, "Hai Manat!, Saya tidak ragu, engkau tentu tahu mengenai seorang Dai'e yang datang dari Makkah. Dia tidak bermaksud jahat kepada sesiapa pon, melainkan kepada engkau sendiri. Dia datang kemari, melarang kami menyembah engkau. Sekalipun saya terpesona mendengarkan kalimat-kalimatnya yang indah, saya tidak mahu melakukan bai'at dengannya sebelum bermusyawarah dengan engkau. Kerana itu berilah saya petunjukmu."

Gambar sekadar hiasan


Sudah tentu Manat tidak menjawab apa-apa. Dia diam seribu bahasa seperti biasa dan akan terus diam (kerana menjadi Sunnatullah bahawa kayu memang tidak boleh bercakap)

Kata 'Amr, "Mungkin engkau marah kepada saya. Padahal saya tidak pernah menyakitimu selama ini. Tetapi tidak apalah. Engkau akan saya tinggalkan beberapa hari sampai marahmu hilang".

Putera-putera 'Amr tahu benar bila waktunya bapa mereka memuja berhala itu. Mereka juga sedar bahawa iman bapanya mulai goyang terhadap Manat. Kerana itulah mereka berusaha hendak mencabut Manat dari hati bapa mereka.

Pada suatu malam putera-putera 'Amr dan sahabat mereka Mu'adz Bin Jabal pergi ke altar tempat Manat berada. Mereka mengambil Manat, lalu membawa ia ke lubang kotoran Bath Salamah dan mereka lemparkan ke sana. Tidak seorang pun yang mengetahui dan melihat perbuatan mereka.

Setelah hari Subuh 'Amr pergi ke altar hendak memuja. Tetapi alangkah terkejutnya 'Amr apabila dilihatnya Manat tidak ada di tempatnya.

"Celaka kemana Tuhan kita? Siapa yang mengambilnya malam tadi? tanya 'Amr.

Tidak seorang pun menjawab. 'Amr mencari Manat ke mana-mana. Akhirnya patung itu ditemukannya ke lubang kotoran dalam keadaan terbalik, kepalanya kebawah dan kakiknya ke atas. Manat diambilnya, lalu dimandikan dan diminyaki dengan minyak wangi. Sesudah itu diletakkannya kembali ke tempat semula.

"Demi Allah ! Seandainya saya tahu siapa yang menganiaya engkau, nescaya saya hukum dia!" kata 'Amr kepada Manat.

Pada malam kedua dan seterusnya putera-putera 'Amr melakukan perkara yang serupa, sehingga menyebabkan 'Amr hilang kesabaran, lalu 'Amr mengambil sebilah pedang, kemudian digantungkannya di leher patung Manat.

Kata 'Amr, "Hai Manat! Demi Allah! Sesungguhnya saya tidak tahu siapa yang menganiaya engkau. Seandainya engkau Maha Perkasa, cubalah lawan dengan orang yang menganiayamu itu, ini pedang untukmu"

Kemudian apabila orang tua itu masuk tidur, putera-putera 'Amr mengambil Manat  dan mereka ikat menjadi satu bersama dengan bangkai anjing lalu mereka lemparkan ke Comberan Bath Salamah.

Setelah orang tua itu bangun, dilihatnya Manat tiada ditempatnya. 'Amr pergi mencari dan menjumpai Manat di comberan Bath Salamah. Muka Manat menghadap ke tanah bersatu dengan bangkai anjing. Pedangnya tidak ada. Sekarang Manat tidak diambilnya, tetapi dibiarkan tercampak dalam comberan. Kata 'Amr, "Kalau benar engkau Tuhan, nescaya engkau tidak mahu masuk dalam comberan bersama dengan bangkai anjing".

Tidak lama kemudian 'Amr masuk Islam...

'Amr merasakan betapa manisnya iman. Dia menyesali dosa-dosanya selama dalam kemusyrikan. Maka setelah Islam, dia menyerahkan hidupnya, hartanya dan anak-anaknya dalam mentaati Allah dan Rasul-Nya.

Tidak lama kemudian terjadi perang Uhud. 'Amr bin Jamuh melihat ketiga puteranya bersemangat untuk pergi memerangi musuh-musuh Allah. Di dalam hatinya terdetik keinginan untuk mati syahid dan memperoleh redha Allah.

Akan tetapi putera-putera 'Amr melarang bapa mereka turut berperang, kerana beliau sudah tua dan berjalan pincang. Dan Allah telah memberi kelonggaran bagi mereka yang uzur untuk tidak menyertai peperangan.

'Amr marah mendengar kata-kata dari puteranya dan pergi menemui Rasulullah.

"Wahai Rasulullah! Putera-putera saya melarang saya berbuat baik. Mereka keberatan untuk membenarkan saya turut berperang. Demi Allah! Walaupun saya sudah tua dan pincang, saya tidak ingin bersantai santai mendapatkan syurga. Sungguh pun saya pincang, saya pengedara kuda yang tangkas!" kata 'Amr mengadu kepada Rasulullah.

Maka Baginda bersabda "Biarkanlah ayah kalian! Mudah-mudahan Allah memberinya rezeki syurga".

Putera-putera 'Amr membiarkan bapanya turut berperang, kerana patuh kepada perintah Rasulullah. Ketika waktu berangkat sudah tiba, 'Amr bin Jamuh pamit kepada isterinya mengucapkan salam perpisahan. Berpisah untuk tidak bertemu lagi.

 Kemudian dia menghadap ke kiblat sambil menadahkan kedua tanganya ke langit. Dia berdoa, "Wahai Allah! Berilah saya rezeki sebagai syuhada. Janganlah saya dikembalikan kepada keluarga saya dengan kecewa.

Sesudah berdoa dia berangkat diiringi ketiga orang puteranya dan pasukan besar kaumnya, Bani Salamah. Ketika pertempuran telah berkecamuk, tentera muslimin terpencar-pencar, banyak yang meninggalkan Rasulullah.

'Amr bin Jamuh berada di barisan depan pasukan berkuda. Dia terbanting dari kudanya. Dia bangun dan menyerang musuh dengan keadaan terpincang-pincang sambil berteriak, "Saya tertarik ke Syurga, saya tertarik ke Syurga !"

'Amr selalu didampingi puteranya Khallad. Kedua beranak itu melindungi Rasulullah dengan menebaskan pedang mereka kepada musuh-musuh yang mendekati. Namun akhirnya 'Amr beserta anaknya Khallad syahid pada peperangan tersebut. 'Amr dan anaknya dikuburkan dalam satu kuburan yang sama...

Begitulah kisah seorang Sahabat yang syahid berkaki pincang...

Buaian diberhentikan seusai Akhi Malik menutup bicaranya.

"Subhanallah...sampai begitu sekali pengorbanan 'Amr bin Jamuh setelah mendapat cahaya Islam". Ujar Akhi Udin tanda kagum dengan perjuangan Sahabat tersebut.

"Hmmm..kisah ini akan ana jadikan pengajaran, bahawa walaupun kita dalam keadaan uzur, ianya tidak bererti kita tidak mampu melakukan yang terbaik untuk agama ini". Akhi Jupin cuba mencelah.

Akhi Malik tersenyum lebar, melihat kesungguhan kedua-dua sahabatnya..

Mereka bersalaman dan meneruskan agenda mereka masing-masing pada petang itu...


Wallahualam.
KitAdalahLogam




Monday, 18 March 2013

Kisah Sahabat : 'Amr bin Jamuh (Part I)

"Pahlawan Syorga Berkaki Pincang"


Assalamualaikum,

Apa khabar semua ? Diharap antum semua berada di dalam keredhaaan Allah hendaknya...Eh Eh Eh Akhi Malik dan Akhi Udin nak kemana tu? Ooo..nak pegi main bola ke..dah solat ke belom antum berdua ni? Tanya Akhi Jupin sambil tersenyum..

 Haaa..disamping kita bersukan dan beriadah, solat jangan sesekali kita lupakan. Barulah seimbang rohani dan jasmani nya. Tak gitu? Kan solat itu tiang agama..

Seperti di dalam Mafhum hadis :

"Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya"
 (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Akhi Malik dan Akhi Udin membuka kembali ikatan kasut mereka dan terus menuju ke tingkat atas untuk melakukan solat secara berjemaah.

Seusai solat,

Hmmm...terasa jeles dan cemburu pulak melihat antum berdua dapat bersukan dan beriadah. Ujar akhi Jupin dengan nada yang muram.

 Aik Akhi Jupin anta tak nak join main sekali ke? Tanya Akhi Udin

Bukan ana tak nak join akhi..tapi kaki ana ni cedera sikit, injured kat lutut sebab main bola di Kejohanan Bola Kampung minggu lepas...

Oooo..camtu ceritanya..patut la anta nampak muram je kebelakangan ini..tak dapat main bola ye? Ujar Akhi Malik bersahaja..Hehehe...Syafakallah Akhi Jupin, semoga Allah permudahkan urusan anta.. 

Haaa..bila bercakap tentang kaki ni, ana teringat kisah seorang sahabat. Sahabat ni adalah salah seorang daripada syuhada ketika Perang Uhud. Beliau memang sangat dikenali dek kerana kisah beliau yang mempunyai sebuah Patung yang bernama Manat, tambahan beliau juga seorang yang berkaki tempang..

Wahh..menarik cerita anta ni Akhi Malik...cer sambung cer sambung kami nak dengar...

Haaa..jom-jom kita duduk disana dulu..

Mereka bertiga pon bergegas menuju ke buaian di sebelah taman sambil terloncat-loncat ingin mengetahui kisah seterusnya..

Bersambung.....







Hadis : Manusia dan Logam


Assalamualaikum,

Apa khabar ikhwah dan akhawat seluruh pelosok dunia? Uhuk3 asif kitorang kat bumi bertuah German banyak yang sedang batuk-batuk (doakan kami didalam kesihatan) al-maklumlah disini sedang mengalami cuaca agak pelik dan sungguh pelik. Biasanya kalau time-time bulan March ni, dah start musim bunga. Tapi kuasa Allah mentadirkan snowy mowy masih lagi menyelubungi bumi bertuah ini. Tapi tak pe la..yang penting...kita enjoyyy..eh eh eh..tak yah nak enjoy sangat la kan..

Haaa...disebabkan tengah snow ni and korang semua pon tak boleh nak keluar petang berjongging. So rasanya lebih baik kita mengisi masa lapang ni dengan perkara yang bermanfaat. 

Seperti mafhum hadis:
Daripada Abdullah ibn Abbas r.a. Nabi s.a.w. bersabda: " Dua nikmat yang sering ramai manusia lupa : Nikmat kesihatan dan masa lapang."
(HR Bukhari)

So memang sangat-sangat bestttt la kalo kita dapat memanfaatkan masa yang ada ni, untuk sama2 memgambil sedikit pengajaran dari satu hadis yang cukup mantop and bak kata orang putih valuable lah !!!

Rasanya mesti kebanyakkan dari kita, pernah mendengar tentang HADIS LOGAM. Ape dia? Sebut betul-betul ye...yeee Hadis Logam.

Eh Eh makcik, tak pernah dengar? Seriously langsung tak pernah dengar? Isyk2 rugi la makcik kalau tak pernah dengar hadis ni. Bak kata Sudin dalam filem 3 Abdul nya "Hidupnya tak cukup syarat..."

Takpe makcik, sebab tu la petang ni, kitorang nak mengupas hadis logam ni. Mudah-mudahan kita mendapat sedikit manfaat daripadanya. Fuhhh..nak kupas hadis ni, lagi best kalau bertemankan minuman Heiße Schokolade (Hot Chocolate) dengan Biskut Orea. Kalo tak ade, Chipsmore pon boleh..

Ok, berbalik kepada hadis logam tadi yang berbunyi :

عن أبي هريرة رضي الله عنه: قَالَ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم:
((
الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا )). صحيح البخاري





Image


Hmmm..bace sekali memang tak akan dapat la point-point penting yang nabi nak sampaikan. Ah cer try bace sekali lagi, mane tau boleh nampak point-pointnya.
Tahniah kepada yang berjaya menghadam point-point hadis ni, sehingga ianya menyelinap masuk ke dalam perut bahkan terus ke usus-ususnya sekali (clap2 untuk diri sendiri) Keh3.

Tapi....kepada yang masih garu-garu kepala, mengerut-ngerutkan dahi sebab tak faham point-point hadis ni..Macht keine Sorge, wir schaffen es zusammen!! (Don't Worry, we'll make it together!!!) Cewahhh boleh tahan bahasa German den. Kita kan bersaudara, so yang tak faham perlu lah sama2 kita bantu kan.
Okay daripada hadis diatas, kita memahami bahawa nabi menyamakan manusia dengan logam. Agak-agak korang lah, kenapa nabi membuat perumpamaan sebegitu?

  • Kerana logam adalah suatu bende yang mudah dilentur. Begitu juga dengan manusia. Walau sedegil atau sekeras mane pon hati nya. Dengan sentuhan and kata-kata yang POWER!!! ianya mampu untuk melenturkan hati-hati manusia ini. Maka sedarlah para ikhwah dan akhawat. Usaha untuk melenturkan manusia ini harus terus dilaksanakan. Keep it up!!! jangan berputus asa. Insyaallah sampai waktunya Allah akan bantu kita melembutkan hati-hati mereka ini.

  •  Logam juga mempunyai precious value nya yang tersendiri seperti emas. Emas akan tetap berharga walaupun ianya masih berlumut dan kotor (sewaktu ianya dikeluarkan dari lombong). Begitu juga lah dengan manusia. Sekiranya ketika dia jahil dia mempunyai kualiti yang tip top seperti petah berkata-kata. Maka ketika dia sudah sebati dengan islam, nilai kepetahan berkata-kata itu tetap sama, bahkan mungkin dengan nilai yang ada, dia mampu menarik orang untuk lebih dekat dengan islam.

  • Sebagai contoh yang lain kisah Khalid AL-Walid yang menjadi logam jahiliyah (menjadi panglima dan musuh ketat Islam sewaktu Perang Uhud) akan tetapi apabila mendapat kebenaran beliau menjadi logam yang sangat berharga untuk islam (menjadi orang yang berjuang ke jalan Allah)

  • Begitu jugalah dengan kisah Saidina Umar Al-Khattab. Agak-agak apa yang kita boleh kaitkan tentang kisah Umar dengan hadis tadi? So persoalan ni saya akan tinggalkan kepada korang, untuk sama-sama kita fikirkan..renung2kan dan selamat berfikir..tschusss...


    Wasalam,
    KitAdalahLogam